Diari Umrah + Tips! – Part 2

Mekah

Before g kursus and study online, i mcm blur blur jgk buat umrah ni cmne. Dah lupa dah masa belajar kt sekolah dulu. Huhu. Actually umrah ni 3 jam pn boleh settle dah, tapi kenapa kena pegi smpai 12 hari? Haa. Sebabnya bukan senang nk smpai ke sana, so perbanyakkan la amal ibadat dkt masjidil haram dan masjid an nabawi. Boleh jugak pergi ziarah ziarah bg memahami pjuangan nabi ibrahim dan nabi muhammad saw.

Mngikut itinerary, agent akan bwk utk 3 kali umrah. Tapi ktorg just buat dua kali je. Satu umrah wajib and satu umrah sunat. Bfore pegi ada bljr yg perkara lebih afdhal buat kt sana is tawaf sunat. So selama 5 hari kt mekah, 2 hari ktorg buat umrah, and 3 hari lg tu ktorg buat tawaf sunat 2 kali sehari. Umrah tdiri dari niat di miqat, tawaf, saie, tahalul dan tertib. Hari first smpai mekah tu ktorg dh berniat dkt miqat masa dlm flight lg. Smpai jeddah tgh hari and smpai mekah ptg. Masa otw tu mutawiffah dh brief psl umrah, suruh betulkan niat, minta maaf dgn fmily, and doa byk byk kt Allah semoga lancar semuanya. Masa tu gugur dh airmata i. Lepastu ktorg start bertalbiyah dlm bas, bila baca smbil baca maksud dia, lagi laju airmata mengalir. Sebak sgtttt. Ktorg smpai hotel dlm waktu asar, tapi malam baru buat umrahnya. Jadi lama ktorg berada dlm ihram. Malam tu lepas isyak baru ktorg masuk masjid, and bila nmpk kaabah dpn mata tu Allahu laju jantungggg. Semua menangis depan kaabah tu, sujud syukur. Lepas tu bru mutawiffah guide buat tawaf, mana nk solat sunat tawaf and pintu mana utk buat saie.

The second umrah pula pagi ktorg pegi ziarah and bniat terus kt miqat jaaranah, then lepas zohor ktorg terus selesaikan tawaf and saie, sbb this time xnk lama lama dlm ihram. Nnt klau nk buat umrah, study and fahamkan pantang larang ihram, sbb ada jgk kes kes psl pantang larang ni yg buat org kena bayar dam, and klau x selesai, takut nnt smpai dh keluar kota suci pn masih dlm ihram and berdosa. Sbb tu mutawiffah byk kali kata, umrah ni mudah tapi jangan ambil mudah. Benda dosa pahala benda besar, kita buat umrah nk pahala, bukan nk dosa.

Bfore g umrah ni pn mama and sedara mara byk bg pesanan suruh jaga tutur kata and tingkah laku kt tanah haram sbb mcm mcm boleh jd. Takut apa kita ckp tu jd doa and Allah makbul walaupun benda tu tak elok or kita tak maksudkan pun. Ada jgk perasaan neves, takut, berdebar, excited, risau..tp bila smpai sana, semuanya lebih indah dari bayangan and alhamdulillah semuanya lancar dan dipermudahkan.

Bila dgr dgr cte org and tgk kt tv mcm ramaiiii sgt org kt mekah ni, ada ke ruang utk i. Duk byg masa solat org langkah i la, pijak kepala i la, and masa tawaf tu ditolak2 la. Tapi sebenarnya ok je, seluruh lantai masjidil haram tu baik dalam or luar mmg ada tiles rectangle yg menghadap qiblat. Dan selesa je solat sbb mcm satu tiles sorg. Nk letak beg, nk letak uncang kasut kt sebelah or dpn kita pun muat je. Bila tawaf pula, ktorg pena try tawaf lepas subuh, lepas zohor, lepas asar, and lepas isyak. Waktu paling tak ramai and cpt selesai is lepas zohor, sbb tgh matahari terik. Paling tenang lepas subuh sbb tak rushing apa. And paling ramai pula lepas asar and isyak. Waktu yg afdhal lepas subuh and asar. Walaupun ramai and byk je kena tolak, tp ada je ruang utk kita. Masa tu kne la jalan dgn fmily, supaya tk tganggu klau terpisah. I sentiasa pegang hairi, danial pula pegang deena and dania. Klau terpisah, ktorg dh ada tmpt bjanji nk jumpa lepas selesai tawaf tu.

Masa g kursus and masa dlm bas, dh diajar nk baca apa masa 7 pusingan tawaf tu. Sebenarnya boleh je baca apa apa, doa dlm buku panduan, surah lazim, zikir, or any doa. Tapi i pilih utk doa. Mengikut pusingan tawaf, i doakan :

  1. diri sendiri
  2. suami & perkahwinan
  3. ibu bapa
  4. adik adik
  5. family mertua
  6. saudara mara
  7. sahabat handai dan umat islam seluruh dunia

Setiap kali tawaf pn doa yg sama so automatik akan yakin dh complete 7 pusingan. And bila hari2 and beberapa kali, doa doa tu diulang and akan jd bertambah byk, which i rasa bagus la sbb sekeliling kaabah tu byk tmpt mustajab berdoa, and kita taktahu waktu bila doa kita diangkat, jadi doa and minta je byk byk, and sespecific mungkin.

Time saie pula akan jd penat sikit sbb baru lepas tawaf kn, jadinya sambil jalan setiap pusingan i baca:

  1. subhanallah
  2. alhamdulillah
  3. allahu akbar
  4. lailahaillallah
  5. astagfirullahalazim
  6. zikir nabi yunus
  7. selawat nabi

Dekat kawasan lampu hijau i baca doa mcm masa tawaf sbb tu tmpt mustajab jgk. And ada jgk baca doa doa from buku panduan sbb jauh jugak saie tu.

Selesai tu ktorg bertahalul dkt bukit marwah, gunting beli kt kedai eco rm2 jgk. Haha. Lepastu balik bilik mandi syampu puas2. Hehe. Seronok nau dh terlepas dari pantang larang ihram.

Waktu tak buat umrah buat apa? Guna masa sebanyak mungkin while kt sana utk beribadat. Selain tawaf sunat, ktorg stay jgk in between waktu solat contohnya dari asar ke maghrib, and masa tu buat la solat hajat, taubat, qada’, zikir, selawat. Baca quran and baca doa doa kiriman sedara mara n kawan kawan, and doa lagi utk diri sndiri dan keluarga. Masa baca doa doa kiriman tu, rasa sayu sgt.. Rasa kecil je masalah and pmintaan sndiri bila compare dgn hajat and pmintaan org lain. And sedar ramaiiii ada doa yg sama mcm i tp mereka nmpk lebih kuat. Ada jgk bait bait ayat dorg yg puitis dan cantik je ayat utk berbicara dgn Allah. Halalkan ye i guna utk doa doa i kepada Allah jgk.

Dkt mekah ni, setiap kali lepas solat fardhu, akan ada solat jenazah. Boleh dikatakan setiap waktu solat ada org meninggal. Roommates ktorg sempat jgk pegi tgk jenazah2 tu dibawa utk disolatkan and tnjuk vdeo kt ktorg. So slalunya ktorg join je la buat solat jenazah ni, sbb klau kt msia jarang skali dpt buat kan.

Biasanya lepas zohor and lepas mghrib ktorg mkn kt hotel or kt luar. Lepas isyak ada yg ktorg stay kejap kt masjid or time tu la ktorg shopping. Hehehee.

Ktorg dpt hotel Al Safwa Royale Orchid. 50meter je dari masjid, Turun escalator tiga kali, jalan keluar pintu dh smpai perkarangan masjid. Kiranya dh start iqamat pn sempat join jemaah. Ngaa. Level2 bawah hotel tu pula foodcourt and tmpt shopping, mmg convenient sgt. Masa dpt card access bilik, i diberitahu yg bilik tu view cntik. So masa tggu bilik kemas, ktorg bkenal2 dgn roommate baru, and baru tahu ktorg akan sebilik dgn anak, menantu and cucu mutawiffah. Muda2 je dorg. Yg cucu pn baru 3 bulan. Bila bgtau mama, mama kata amik berkat la sebilik dgn baby. Haha. And sbb dorg anak menantu mutawiffah tu jgk la ktorg dpt bilik view cantik tu sbb dorg dh cop dlu. Masing2 neves masuk bilik, pastu slow2 g tingkap, then sume mengalir airmata kt situ tgk kaabah and masjidil haram. Tak terkata perasaan masa tu. Rasa bsyukur sbb dpt pegi buat umrah, rasa bsyukur sebilik dgn anak mutawiffah and dgn seorg baby, pastu bsyukur lg sbb dpt bilik view nampak kaabah. Pandang kaabah sahaja pn dpt pahala, and ktorg boleh pandang bila bila masa je…alhamdulillah.

Hotel ni selesa and dkt je nk jalan ke mana mana utk shopping and makan. I ada text2 uncle and aunty yg biasa dtg situ jgk utk tnya beli brg apa kt mana. Biasanya ktorg akan mkn kt hotel je, tp bila boring ktorg try jgk la fastfood sana, nasi arab, kebab, and almost everyday makan aiskrim kt sana sbb sedappppp. Cumanya makanan a bit pricyyyy. Selalu ktorg share2 je la.

Ziarah pula ada mutawiffah bawa ziarah dalaman masjidil haram, tp yg tu x sempat join sbb lambat dpt notis. Ziarah lain ke jabal nur, jabal thur, jabal rahmah, arafah, mina, muzdalifah, masjid jaaranah, and hudaibiyah, Seronok pegi bila mutawiffah berilmu and byk berkongsi cerita. Masa tu la baru faham dgn lebih mendalam lagi pasal kisah nabi ibrahim and kaitannya dgn umrah and haji. And dpt bayangkan dah pjalanan nabi saw naik turun bukit2 bila tgk keadaan bukit2 sana yg berbatu batu. Group ktorg ada jgk buat ziarah ke taif, tapi ktorg x join sbb kena tmbh rm250. Jadinya hari tu ktorg dkt masjid je.

Hari yg dorg ke taif tu jgk, pagi pagi tu lepas subuh and sarapan ktorg buat tawaf sunat. I ckp kt hairi yg hritu jgk i nk doa kt multazam and dlm hijir ismail, and nk tgk hajarul aswad. Bila tawaf tu, dh pusingan kelima cmtu korg try tawaf berhampiran sikit dgn kaabah, and bila pusingan keenam, tetiba dorg tutup area hijir ismail sbb nk bersihkan lantai. Selesai pusingan tujuh, i dgn hairi slowly pergi berdoa kt multazam, and pegang cium kiswah kaabah, pstu doa byk byk dipermudahkan masuk dlm hijir ismail. Lepas doa tu tgk tgk dh selesai dorg cuci, so i dgn hairi pn pegi la ke hijir ismail. Sesak sgt org keluar masuk, lepas bertungkus lumus alhamdulillah dpt ruang kecil utk bersujud. I sujud dlu while hairi jaga i. Meraung2 dlm sujud tu haa. Lain mcm feel dia bila doa kt situ. Lepastu turn hairi pula sujud and i jaga. Selesai keluar dari hijir, i nangis kt hairi and dia pn tenangkan i, then i ckp nk tgk hajarul aswad. Nk tgk dari jarak dkt sikit je, tk dpt cium pn xpe sbb terlalu rmai org and rmai laki kt situ. Tapi x de rezeki sbb rmai sgt org bertolak and siap ada nenek pengsan kt situ. So ktorg pn bgerak la keluar melintasi org org yg tawaf. Masa tawaf tu i mcm gopoh2 sbb dh penat sgt, then hairi tegur i ckp i xleh selfish laju2 smpai langgar org. Dia pesan lg xyah beria nk cium hajarul aswad tu smpai tolak tolak sakitkan org, sbb cium tu sunat je, tp klau sakitkan org tu dosa. Boleh je bg isyarat cium dari jauh. Heee. lepastu ktorg dpt solat sunat tawaf btul2 belakang maqam ibrahim, and i ambil masa sikit solat sunat and doa, and baca jgk doa doa kiriman kt situ. Selesai tu jumpa adik2, danial kata dia dpt cium hajarul aswad. Alhamdulillah rezeki dia sbb dipermudahkan. And semua adik i pn dpt masuk hijir ismail jgk hritu.

Malam akhir kt mekah paling sayu sedih, rasa nk malam tu panjang je lagi. Selesai tawaf ktorg bgmbar2. And esok tu tinggal buat tawaf wada’ je sebelum gerak ke madinah. Menangis meraung la masa tu. Rasa tak puas puas pandang kaabah, bau kaabah and doa dkt multazam and hijir ismail. Semoga Allah rezekikan lagi ktorg dan keluarga ke situ.

Okay, nanti next post psl Madinah pula ye.

Leave a comment