Ramos Vacation – Korea 2023

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak buat annual vacation with the Ramos, this year kami direzekikan ke Korea. Plan asal nk pegi dekat2 je, sbb i banyak permasalahan pikir nk travel dgn anak2 kecik ni. Tapi tah cmne la discuss2 tetiba pegi Seoul and Busan, Korea.

Tak pernah2 pergi oversea dgn anak2, tetiba terus pegi naik flight 7 jam and musim sejuk. Gilaa. Hahaa. Dengan irsa yang dh banyak akal and suka tantrum, irya pula belum boleh berjalan, memang hairi and i redah je pegi ni. Dengan harapan support dari family members lain membantuu. Hehe.

Syukur sbb dapat time yg everyone in the family available. Bila dah ramai and dah makin besar ni, dah pandai sikit la nk arrange trip ni sendiri2 utk jimat2 kt mana boleh. Tiktok banyak membantu hehe. Klau tak dlu mmg amik full package je dgn travel agent. This time amik pakej tour guide and driver je. Accommodation, makan and itinerary kitorg arrange sendiri.

Alhamdulillah the trip went well..pengalaman la duduk dgn anak anak 7 jam pegi balik dlm flight. Mcm mcm aktiviti kena buat, and tdo pun tak berapa selesa. Ada la adegan2 nangis meraung sbb sakit telinga jgk. Hehe. Masa dkt sana, penat juga la full day berjalan sini sana, dengan irsa yg nk duduk stroller je xnk jalan. So irya xleh duduk stroller, and i kena dukung laa. Then setiap kali naik turun van or kemana mana, jenuh nk melipat and angkat stroller jgk. Nasib baik bab makan2 diorg okay. Part susu je i penat sbb dua dua directfeed je seminggu tu 24/7. Tak bawak sebiji botol or susu formula langsung. Ngaa. Most of the time diorg okay berjalan and nap during the trip, tapi ofcourse la ada adegan nangis2 jerit2 baling barang jgk. Hehe.

Selesai je trip ni, hairi and i decide our next oversea trip will be masa irsa irya dah sekolah rendah. Hahhahaa. Penat weiiii.

Anyway, thank you Ramos family for this memorable trip. Semua membantu jgk dgn anak anak ni, tapi biasa lah..anak anak mesti nak makpak dorg jugak sudahnyaa hahaha.

Yayah’s Birthday

Alhamdulillah, husband tercinta turned 33 this year. Seronok dapat bersama and melihat apa yang u achieved selama ni. U should be proud of yourself too, sayang.

Thank you jadi suami and ayah yang terbaik. Banyak sisi sisi baru u yang i nampak sejak u jadi ayah. Thank you rajin cari rezeki di siang hari, dan rajin bantu i with housechores and anak2 di malam hari. Hehe.

This year birthday biasa2 je. Family celebrate dkt kedai chinese muslim area rumah. Potong kek sekali. Hadiah lambat sikit i bagi. Haha.

I love you hamesha and forever.

Irya Inaya is ONE!

Alhamdulillah, my baydoll dah setahunnn. Aaaa dengan irya ni, semua rasa laju dan cepat je. Mcm tak cukup moment2 utk dirasai setiap phase dia. Maybe sebab sibuk ada dua org anak, or sibuk dengan kerja jgk sbb dah tak pkp mcm irsa dulu. Haha.

Birthday irya hari sabtu. Seronok sebab weekend. Tapi ttbe i kena outstation minggu tu. So plan nye i bawa hairi and anak2 ikut pegi outstation dkt Kuantan, then sambung stay dkt Terengganu over the weekend. Dapatlah celebrate birthday irya dgn tokwan tokki.

I siap sempat tempah custom cake dkt terengganu utk budak 1 year old ni. Sempat celebrate birthday dia before gerak balik KL sabtu tu. Hadiah birthday irya kitorg upgradekan carseat dia. Carseat ni dari i pregnant irsa lg i berkenan. Alhamdulillah, bila dah beranak irya ni baru ada rezeki utk kami beli.

The week after, baru celebrate dkt rumah my parents. Yang ni i dh plan lama la. Masa birthday irsa hritu lg dah reservekan idea theme ni utk irya. Sebab irya tak pandai pilih2 theme lagi, layankan je lah idea mama ni ye. Theme ni mama suuuka sgt. Butterflies, and my favourite colours; purple and peach. Hehe.

Alang2 birthday hairi pn that week, celebrate sekali la ye. Mula2 hairi dh pakai peach, i suruh tukar purple pula supaya sama dgn birthday girl. Hehe. Setiap tahun la korang celebrate birthday sama sama okay. Hairi pun kena ikut tema birthday irya la jadinya. Next year barbie tau. Hahahh.

Happy Birthday Irya Inaya. Babydoll mama. Thank you hadir sebagai pelengkap hidup mama, yayah and irsa. We couldnt even imagine this life without you. Seronok sgt ada irya. Irya merupakan rezeki tak diduga utk kami, dan irya juga bawa banyaaaak rezeki kepada kami. Dari irya dalam kandungan lagi, banyak rezeki kami dapat. Hairi dpt kerja baru, i dpt kerja baru, irsa dpt masuk school, kitorg finally pindah duduk rumah sendiri, and banyak lagi.

Suka tengok irya membesar..lain perangai dengan irsa. Hehe. Cara makan lain, cara merangkak lain, cara manja pun lain. Makin besar makin cerdik and cheeky. Irya punya comel dgn mata besar tu buat ramai org terpegun and suka dgn irya. Hari hari kalau bawa irya naik turun lif dkt rumah, messsti ada org tegur irya. Kalau jalan dkt mall pun, or bawa pegi school irsa ke..ramai yg akan tegur irya. Jadinya mama dgn yayah kena selalu buat muka mesra. Takleh sombong2 hahaaa. Benda baik jgk la tu kan hee.

Thank you irya..jadi anak yg baik and mudah utk dijaga selama setahun ni. Irsa pun baik and mudah tahun pertama, lepastu mama yayah tertipu hahaha. Biasa lah tu budak2 membesar kan. Thank you sebab irya selalu mengalah jgk dgn irsa hahaha. Tapi lately nampak irya dh agresif sikit la lawan kakak tu. Tapi mama tak sabar jgk nk tgk irya boleh berjalan..boleh bercakap..mesti lagi seronok tgk irya main and membesar dgn irsa.

Semoga Allah sentiasa melindungi anak anak mama. Mama sayang irsa dan irya.

Maka dgn ini, mama berehat la for few years dari rutin ambil gmbar korg each month ni. Hehe.

Wedding of Danial & Syakirah

Alhamdulillah, upacara terbesar Ramos Family tahun dah selesai. Syukur alhamdulillah my only brother dah selamat bernikah on 23 Sept 2023. Soooo in love with the deco dekat Hotel Maya masa majlis nikah ni.

Banyak ding dong ding dong juga especially regarding baju pengantin masa ni, tapi alhamdulillah everything went perfectly. One week before majlis kelam kabut tukar plan and finally dpt juga jumpa baju sanding cantik and affordable for the bride and groom.

Baju family kitorg pula sangat cantikkk. Ramai puji the colour and designsss. Hehe. I pun suka sangat sebab first time custom baju sama dengan my girls.

Dua minggu kemudian majlis belah kitorg pula dkt DXN Cyberville. Kitorg sefamily checked in dkt hotel cyberview juga. Seronok sgt weekend tu dpt spend with family and friends. Syukur majlis berjalan lancar. Anak anak pun behave and baik je throughout the day. Alhamdulillah.

Irya Inaya : 11 Months

✨ 14 September 2023. Alhamdulillah, Irya Inaya is 11 months old today.

Gigi nak masuk 4 batang. Dah pandai babai, flying kiss, peekaboo. Dah pandai sign for milk, dah pandai meniti, suka cari gaduh dgn kakak. Hehe.

Mama, ayah and irsa love you ! πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘§

Irya Inaya : 10 Months

✨ 14 August 2023. Alhamdulillah, Irya Inaya is 10 months old today.

Dah ada gigi dua batang, dah laju merangkak and memanjat, dah pandai main dengan kakak.

Mama, ayah and irsa love you ! πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘§

Irsa Irina turns TWO

Alhamdulillah, 4 August 2023, our Irsa Irina turned 2! Tetiba je manja mama ni dah besar. Dah banyak cakap, banyak reaksi, banyak akal. Thank you jadi anak yg baik utk mama yayah. Mama yayah seronok sgt besarkan awk.

Mcm biasa, birthday anak, maknye yang beria plan itu ini months before. Excited sikit sbb this year first time nk celebrate bday irsa dkt school. Banyak tunjuk themes cartoon itu ini dkt irsa, semua dia ckp dia taknak haha. So i plan ikut citarasa i je la. I discuss dgn hairi, so we decided i belikan cake, hairi belikan goodies. Pasal goodies pun lama bincang sbb taknak kalah dgn goodies2 parents lain hahah.

Lama juga i cari baker yg sesuai utk cake irsa ni, sbb inspirasi dah ada, tapi tak semua baker nak buatkan. Sebab besar. Lepastu survey2, mahal juga ye harga cupcake kecikkk. Huhu. Finally jumpa la dkt insta satu baker ni, and tengok2 rupanya dia based dkt area rumah ktorg jugak. Masa order tu dia mcm friendly je and insta feed dia menarik, so i terus decide order cupcakes utk school irsa and cake utk celebration dgn family jgk.

Hari kejadian, i dgn hairi apply cuti. Pagi2 siapkan irsa and hantar irsa dgn goodies n balloons pergi school, lepastu pickup cakes dia. Lepas drop cake kt school and sent irya dkt glamma, hairi and i pergi dating. Brunch dgn christine bakery ioi city mall, then pergi karaoke one hour. Lama dah i nk try crozza wagyu beef, finally dpt rasa and mcm mehhhh biasa je. Hahahaa. Sambil makan tu, kedai sunyi je sbb baru buka and weekday kan, so banyak la hairi and i borak heart to heart masa tu. Pasal relationship, anak, financial, future..i siap dh prepare and karang susun soalan/ayat utk discuss dgn hairi psl ni. Sbb ktorg dah lamaaaa takde masa berdua macam ni. So masa yg pendek ni digunakan utk discuss hal2 seserius and focus utk bincang. Hehe. Sampai bergenang2 mata emosi fikir psl future. Fruitful sgt discussion ye.

Then pergi karok sbb i dah lamaaaa ngidam nk karok. Ni pun dh practice and pilih2 lagu bfore the day. Practice masa drive balik keje. Nak karok dpn suami sndiri pn neves hahaha. Ni first time ktorg karok berdua. I dulu mmg kaki karok masa zaman muda mudi, tapi geng karok sume dh jadi mak mak ni dh takde masa nk g karok dahh. Nasib baik hairi setuju melayan i ni..hehe. Memula ingt nk g sukiya or wayang jugak, tapi sbb masa tidak mengizinkan, sempat g karok je la. Tu pun rushing balik sbb nk kejar solat jumaat.

Masa tggu hairi solat ni tcer irsa dh update and share birthday celebration irsa dkt school. Dkt 90 gambar and vdeo tcer share. Hahaaa. Gigih tcer..thank you byk byk sbb sudi raikan irsa and deco deco utk celebration dkt school. Hopefully kawan kawan irsa enjoyed the cupcakes and goodies.

Balik solat, hairi terus start bertukang siapkan hadiah birthday irsa. Kitorg hadiahkan dia kitchen set this year. Hehe. I pula start deco2 balloon dkt wall. Susun2 all her presents. Tema utk party irsa malam tu is pink yellow. Takde tema cartoon2 sbb taktau dia suka apa. So tema colour je la, colour yg ceria ceria mcm irsa hehe.

Pukul 5pm mcmtu kitorg pickup irsa dkt school and surprisekan dia dkt rumah glamma with the toys and deco. Excited nampak dia.Terus nak open semua and main terus. Lepas maghrib semua bersiap and sementara tunggu family auntybaya datang, ktorg makan2 dulu. Mama buat nasi goreng, deena buat spaghetti, and beli jgk sate.

Bila semua dah sampai, baru lah nyanyi and potong kek irsa. Masa i keluarkan kek irsa tu, irsa excited sgt. Dia tarik kerusi dia and duduk menung tgk kek dia mcm impressed sgt. Dia suka tgk sprinkles banyak2. Asyik nk calit je hehe. Then lepas nyanyi potong kek, bergambar2 and irsa still active menari2 sambil makan. Lepastu baru buka hadiah2 dia. Happy betul nampak irsa. Sampai midnight pun still pakai dress main semua hadiah dia. Alhamdulillah.

Seronok celebrate bday irsa tahun ni sbb dia dah pandai appreciate and enjoy. Thank you semua yang terlibat dalam menjayakan birthday irsa this year. Semoga ada rezeki mamayayah lagi celebrate bday anak anak mama every year.

Engagement of Danial & Syakirah

Alhamdulillah, my only brother selamat bertunang on 30th July 2023. Majlis yang very intimate between the two families, held at DoubleTree Hilton, Intermark, KL.

Suka the venue because ada private space yg just nice for our no of pax and utk discussion. Selection of food utk lunch buffet dia pun sangat sedap semuanya.

Ramos family berjaya matchy2 juga walaupun last min decide the colour. Nasib baik the kids muat lagi baju kurung ni. Hehe.

Syukur alhamdulillah, and semoga dipermudahkan urusan mereka bernikah nanti.

Irya Inaya : 9 Months

✨ 14 July 2023. Alhamdulillah, Irya Inaya is 9 months old today.

Dah banyak bergerak sendiri, suka didirikan, nak memanjat, nak makan sendirii πŸ₯°

Mama, ayah and irsa love you ! πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘§

5th Wedding Anniversary

6 Julai 2023, alhamdulillah genap 5 tahun dah jadi seorang isteri.Pernah dgr org kata the first five years is the hardest. Tapi i believe every year, and even everyday pun ada je la challengesnya kan. Semoga tahun-tahun akan dtg pun hairi and i dapat hadapi dgn baik. Nak kata 5 tahun tu kejap mcm eh pejam celik pejam celik pun tak juga. Banyak juga yg dh dilalui sebagai suami isteri dalam 5 tahun ni. Banyak juga yg suami ajar utk i improve diri selama 5 tahun ni.

Sharing this life with hairi has been so exciting. Thank you sentiasa ada untuk i. Syukur atas semua nikmat dan rezeki yg dilapangkan utk kita. The first two to three years tu memang seronok travel travel. Mcm every month ada je plan nak ke situ ke sini. Lepastu bila dh start mco and pregnancy after pregnancy, baby after baby, kita enjoy parenting pula.

Baru ni ada terlintas kt social media i, pasal kita tak perlu pun ckp “tolong” kat husband bila minta dia buat kerja rumah or jaga anak. Sebab tu memang tanggungjawab dia. Hm, i tak setuju sgt la ni. Contohnye la kan, kalau time kita kerja, nk minta tolong colleague or even boss kita pun utk buat one task, padahal memang dlm scope dia and responsibility dia, tapi kita akan karang e-mail mcmni.

Dear XX, kindly help/assist to do so and so. Thank you.

Siap ber “dear”, “kindly”, β€œhelp” and ckp “thank you”. Sebab apa jaga sgt bahasa sgt? Sebab hormat? Sebab kerja tu kita nk dpt berkat and duit?

Kalau guna bahasa baik-baik dengan suami, kan elok juga. I rasa kalau minta tolong lagi better dari kita mcm bagi arahan kan. Kena la jaga ego suami juga. And insyaAllah, kalau kita cakap baik-baik, ckp “tolong” and “thank you”, nanti lagi ikhlas suami buat. Dengan suami lagi la patut taat, hormat and harapkan dpt pahala dlm stiap perbuatan and percakapan kita. Tak berat pun nk ckp “tolong” tu. Kalau difikirkan, dalam pekerjaan or dalam perkahwinan, semua org pun perlu pertolongan jugak dlm melaksanakan tanggungjawab masing masing. Kita pun kena ikhlas bila suami minta tolong apa apa. Memang kena ada support from the team. And team kita kat rumah, adalah suami dan anak-anak.

Same goes dgn cakap “sorry” jugak. Ringankan je mulut ckp “sorry”, salah kita ke salah dia ke, dua dua ckp je “sorry”. Lepas dh ckp “sorry” tu, baru lah hati jadi lembut sikit. Then baru senang nk discuss mana silap, macam mana baiki and senang nk each other faham apa yg kita tak suka or tak puas hati. Kalau tkde sape nk mengalah ckp β€œsorry”, mmg lagi berpanjangan la isu and masalah tu.

Memang susah jadi isteri and ibu sebab kena fikir and buat banyak benda. Tapi jadi suami pun tak mudah. Suami pun banyak kena fikir, lepastu kena layan lagi fikiran and karenah kita isteri ni. Tak paham macam mana org kawen banyak, sebab SUSAH kot jaga SEORANG je isteri pun. Hahahaha tiber topik lain pulakkk.

Memang la baru 5 tahun je kawen, so i ckp and share ni berdasarkan apa yg kitorg praktik 5 tahun ni je la ye. Manusia ni berubah ubah kan..hati, cara dan perangai. Masa hidup berdua lain, bila ada anak satu lain, bila anak dua pun berubah lain lagi. Semoga tahun-tahun akan datang pun hairi and i dapat betterkan diri as a spouse and as parents.

Anniversary tahun ni takde plan ke mana mana sbb baru balik terengganu raya haji haritu. Semalam balik kerja i saje la gurau dgn hairi mcm konon cari-cari hadiah kt tgn dia, kt belakang dia, kt beg dia. Pastu dia kata “hadiah surprise dalam pampers irsa”. Irsa berak ye balik school tu. Hahahahaa. Tapi malam semalam i masak sup siam guna daging korban, bought nice cakes and coffees, lepastu masa midnight hairi share video sweet and puitis dia buat kt instastory. Ngaaa. Tahu tak perasaan mcm mengharapkan suami buat something, tapi bila suami dh buat benda sweet, kita mcm tak percaya pulak dia mcmtu, pastu mcm tak reti nk hargai sbb rasa kelakar pulak dia buang tebiat tetiba jadi sweet hahaha.

Thank you sebab sayangkan i and keluarga kita. Selamanya #DiariDiniHairi insyaAllah. Aamiin.