#DiariDiniHairi – Bertandang 21 July 2018 Part 2

 

MA1_9012

Alhamdulillah, cuaca siang haritu baik sangat. Pengantin berarak dgn family I ke rumah Hairi. Pintu gerbang kitorg cantik sangat dorg buat ikut yg husband I request, and masa berarak tu siap ada carpet merah and bunga kiri kanan, idea dari mak. Khemah pn warna gold cantik siap ada chandelier and scallop penuh. Terharu husband buat cantik2 utk menyambut I and family i. Family members ramai puji cantik. Sampai kt dpn rumah, berhenti sekejap sbb ada pertunjukan silat pengantin from adik ipar i. Tradisional sgt wedding ada silat ni. Background music lagu Ulek Mayang dipilih oleh my husband. Semua kagum tgk Suhaimi silat, and bersorak tepuk tangan bila emcee bgtau yg silat tu adik Hairi. Hehe.

Then ktorg masuk rumah, duduk kt pelamin, bergambar sikit and baca doa. Seterusnya, terus ke upacara makan beradab. Deco meja beradab pn cantik sgt. Family I sume dpt meja VIP siap dgn dome, and doorgift bunga rampai. Semua husband I yg sediakan and pilih. Suka sgt dgn taste dia. Ehm, tgk la wife dia kan. Hahahaa. Alhamdulillah, semua suka dgn makanan yg family Hairi masak. Bertambah tambah makan. Siap panas2 angkat gulai dgn baldi, and ada yg siap pergi kt tempat rewang nk amik makanan sendiri. Hehe. Makanan kt meja beradab pn mcm 5 star sgt decorations yg makcik Hairi buat. Makcik Hairi ada buat sate ikan and mushroom soup special jgk, and air pn ada pelbagai jenis boleh pilih. Meriah sgttt. Tapi mcm biasa la, pengantin makan sikit je, pstu bangun beramah mesra and bgambar kt pelamin.

This slideshow requires JavaScript.

Ramai saudara mara Hairi and kawan2 dia yg dtg. Kawan2 I pn ada a few yg travel from KL utk dtg, and ada kwn I yg duduk tganu tp lama tak jumpa pn dtg jgk. Seronok sgt majlis berjalan lancar and makanan serta doorgift cukup. Lebih kurang 4.30pm majlis habis, and rushing la sikit bukak perkakas2 kat badan ni and buang makeup utk solat zohor. Hehe. Ptg tu kemas2 sikit then malam dinner ikan bakar dgn my big family before semua balik KL esoknya. Pagi esok tu pagi pagi lagi i dgn Hairi sental and basuh kawah kawah lauk kenduri semalamnya. Basuh lap kira sudu garfu and barang barang pinjam untuk dipulangkan, and pulangkan baju and set kahwin sekali. Haahhh selesai dah semua majlis kahwin I dgn Hairi. Syukur.

Pelamin, meja beradab, baju songket, inai – @impian_bridal

MUA – @juju_dtouch

Khemah – @ras_impiana_canopy

Handbouquet – @bunga_pahar_ciktpah

Sanggul lintang – @theprettythingsmy

 

#DiariDiniHairi – Bertandang 21 July 2018 Part 1

Majlis bertandang at Terengganu. Majlis hari sabtu 21 Julai, tapi hari rabu sebelum tu lepas kerja dh gerak ke sana. Banyak benda yg husband kena settlekan. Sampai je kt rumah, mak n ayah terjaga, salam peluk cium then terus tdur je sbb dh pukul 1 pagi. Pagi tu bgn, geram tgk husband pkai cap dgn seluar pendek, pastu cakap ganu, and makan beria kt rumah dia. Pagi pagi lg ktorg dh makan durian. Haha.

Then ktorg pegi butik amik baju and barang2 kawen, pstu pegi ambil bekas2 lauk, then pergi kedai cari barang2 apa lg tak cukup utk wedding tu. Lepas tu Hairi ajak pergi empangan kenyir. Takleh masuk situ, tapi ada jalan turun bukit sikit, then boleh la menikmati pemandangan situ. Tgh hari masa tu, so tkde org. Cantik and tenang sangat…hijau colour air dia, and boleh nmpk empangan dari jauh.

IMG_1977IMG_1988

Ptg tu pulak amik doorgift. Khemah, pelamin, pintu gerbang and meja beradab pun pasang hari tu. Puas hati sgt sbb cantikkkk pilihan husband i. Ngee.

Esoknya pagi pagi ramai dh dtg rumah, tolong kopek bawang, start preparation merewang, siapkan doorgift, etc. Tgh hari pulak I berinai. Inai ni skali pakej pelamin. Sbb my side hritu Hairi pilihkan design, this time I pulak pilih design sendiri. Hehe. Inai kali ni mcm maroon sikit. Nikah hritu mcm more merah.

Ptg tu family I dtg kejap before dorg pergi homestay. Excited bila mama ckp family I smpai 14 kereta dtg. Terharu sbb semua sanggup dtg jauh2..although tau dorg lg excited nk bcuti and pergi shopping kt pasar payang. Haha. Malam tu tdo lewat sikit sbb tggu husband siap prepare everything.

Pagi sabtu tu lepas subuh, ktorg gerak bungkus 40 nasi dagang utk bg family yg duk kt homestay. Ada jgk a few yg tdo kt hotels. Sampai homestay, makan jap then I pnya MUA dtg. MUA this time pakej sekali dgn pelamin and baju. I request nk light makeup je siap tnjuk gmba mekap time nikah. Then I warn awal2 jgn kacau kening I sbb dh tebal. Hahaa. Sbb masa tgk ig dia, dia makeup mata cantik, tapi kening nmpk sgt mcm lukis. Ngaa. I x dpt tgk muka I masa makeup tu sbb cermin jauh. Adik2 and mama lak tgh sibuk bsiap jgk. I riiiisauuu je sepanjang dia makeup tu. Then bila deena dtg jenguk, I buat isyarat tanya ok ke..dia angguk, so I lega. Tapii..bila tgk cermin, I terkejut! Pinknyaaa! Tak light langsung! Hahaaa..nk murung pn tak sempat, tapi lepas pakai kebaya songket, baru rasa mcm naik la makeup tu sbb warna baju dull. MUA ni pulak first time pakaikan org sanggul lintang and selempang kebaya. So mama and deena pn tolong2 la..skali tolong siapkan hairi and perkakas dia. Kabuut.

Lepastu terus gather kt balai raya sebelah rumah Hairi, jumpa la semua sedaramara i. Mostly sume puji I cantik and makeup I this time ni paling lawa compared to majlis2 sebelum ni. Terus naik confident level i. Haha. Mungkin sbb pink kot, and nmpk la makeup pengantin. Before ni mcm natural2 je. Okay, sambung details wedding kt next post. Panjang sgt pulak yg ni. Hehe.

MA1_8985.JPG