Weddings

Bulan march ni ada wedding kt terengganu. Adik perempuan hairi nikah and bersanding skali dgn adik hairi lg sorg yg nikah oktober last year. Nervous sbb ni first time bawa irya balik kampung and kiranya first time jgk travel sejauh ni dgn dua org budak tecikkk. Hehe.

Hairi and i amik cuti khamis n jumaat. Family i dari cheras and fmily mertua deena dari perak pun ikut sekali ke terengganu utk wedding ni. Khamis tu cadangnya nk gerak seusai subuh..tp awal pula anak2 bgn. So layan2 dorg kejap, bg susu and tukar pampers..dorg dh sleepy semula baru ktorg start perjalanan dlm pkl 8.30am. On the way tu dari cheras sampai gambang anak anak tidur (dgn maknye sekali ofkos). Sampai gambang tu dh kira halfway la kan. Dkt petrol station tu baru tukar pampers and susukan gilir2 irsa irya. Bagi irsa mkn pancake and corn jgk. Alhamdulillah selamat sampai terengganu dlm pkl 2 lebih.

Hari khamis tu busy org psg pelamin and i tolong2 buat doorgift and hantaran. In between buat kerja tu byk betul stop sbb kejap kena layan irsa kejap kena layan irya. Irsa ok ramai sedara mara kecik2 yg rajin layan dia and dia pun nk play together dah. I berjaya jgk la siapkan all the hantarans before tidur.

Esoknya majlis nikah dkt majlis pkl 3pm mcmtu. Tema brown. Time dkt masjid hairi kena jadi saksi so kena duduk depan. I pula duduk belakang2 sbb irya tidur and irsa nk menyusu. Kena la breastfeed irsa kt situ dgn baju glamour i sbb klau tak dia akan bising nangis ganggu org nk nikah haha. Irsa belum habis nyusu, irya pula nangis nk susu jgk. Kena la minta tolong nenek sedara pegang irya kejap. Sedara mara pn kesian tgk i kt situ sengsorg layan dua budak tu nangis nk susu haha. Sedar tk sedar ttbe selamat dah Sya bernikah hahaa. Alhamdulillah. Tak bergambar sgt pun ptg tu sbb tah ke mana mana dah fmily berpecah lepas nikah tu. Nasib baik dpt la i bgambar sekeping dgn pengantin. Gambar anak beranak tkde pn yg proper..penat beli baju kurung anak mahal mahal haha.

Esoknya majlis persandingan dua pasangan. Pagi2 lepas subuh hairi tinggalkan i and anak2 kt homestay while dia tolong2 prepare utk majlis kenduri. I tinggal dgn biras and anak dia jgk. Mula2 ok je bila irya tidur dpt la i layan irsa makan and main. Lepas irya terjaga, masa i tgh susukan dia, irsa pula main lasak2 and jatuh terhantuk dahi smpai benjol. Kabut la i masa tu. Nasib baik biras i ada boleh dukungkan irya kejap. Lebam benjol terus dahi irsaa…sory manjaa.

Dh pkl 11am mcmtu baru hairi balik and kelam kabut la ktorg siap2kan diri and anak2. Nasib baik smpai majlis before pengantin berarak n pertunjukan silat. Masa kenduri ni pn bergilir2 passing anak2 kt sedara mara and berkali2 i tumpang bilik pengantin sbb nk susukan irsa and irya. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Family i and kwn2 hairi pn dtg jgk.

Syukur semuanya berjalan lancar and cuaca pun baik. Banyak perbincangan dgn Sya psl kenduri ni, alhamdulillah selamat dah semuanya.

Taktau la post ni pasal kenduri ke pasal menyusu sebenarnya hahah. Ada pros and cons la bila menyusu bdn ni kan. Kenapa i x bg botol je and org lain susukan anak2? Mertua i pun tnya yg sama sbb tgk i mcm penat je menyusu budak2 ni gilir2 24 jam. Sebab irya masih fully breastfeed, so i malas la nk pam and bg dlm botol bila travel ni. Satu hal pula nk simpan susu and basuh peralatan pam kan. And irsa pulaaa…memang dia nk susu formula bila kt school je. Bila dgn i dia xnk lgsg botol. Huhu. Kalau dia nk pun la botol kan, dia still akan breastfeed jgk lepastu haha. Jadinya i xde pilihan la sekarangg..oh ye, i siap bengkak susu ye kt kampung masa ni. Sbb byk sgt demand kot, jd oversupply. Nk menangis je masa tu. Subuh2 tuam and urut, marmet dlm cawan. Paliing la tak suka kena bengkak susu ni. Lagi lagi if tgh travel kan. Biasa weekend je tak bg dorg botol, ni sbb 4 hari kot..penatnya Allah je tau. Mnyusu dua dua org dlm kereta otw balik pun cabaran jgk sbb jem teruk nk blk kl hritu. Uuuu..This too shall pass kan..Alhamdulillah ada rezeki lg susu utk anak2. Dini kuattt.

Irya Inaya : 4 & 5 Months

โœจ 14 February 2023. Alhamdulillah, Irya Inaya is 4 months old today.

Dah bergerak lincah, banyak reaksi muka, and dah boleh pusing badan.

โœจ 14 March 2023. Alhamdulillah, Irya Inaya is 5 months old today.

Dah boleh roll over, but still hates tummytime ๐Ÿคญ lagi suka pegang utk berdiri and dah pandai bawa masuk barang dalam mulut ๐Ÿ˜…

Mama, ayah and irsa love you ! ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ง