Ramos Vacation – Korea 2023

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak buat annual vacation with the Ramos, this year kami direzekikan ke Korea. Plan asal nk pegi dekat2 je, sbb i banyak permasalahan pikir nk travel dgn anak2 kecik ni. Tapi tah cmne la discuss2 tetiba pegi Seoul and Busan, Korea.

Tak pernah2 pergi oversea dgn anak2, tetiba terus pegi naik flight 7 jam and musim sejuk. Gilaa. Hahaa. Dengan irsa yang dh banyak akal and suka tantrum, irya pula belum boleh berjalan, memang hairi and i redah je pegi ni. Dengan harapan support dari family members lain membantuu. Hehe.

Syukur sbb dapat time yg everyone in the family available. Bila dah ramai and dah makin besar ni, dah pandai sikit la nk arrange trip ni sendiri2 utk jimat2 kt mana boleh. Tiktok banyak membantu hehe. Klau tak dlu mmg amik full package je dgn travel agent. This time amik pakej tour guide and driver je. Accommodation, makan and itinerary kitorg arrange sendiri.

Alhamdulillah the trip went well..pengalaman la duduk dgn anak anak 7 jam pegi balik dlm flight. Mcm mcm aktiviti kena buat, and tdo pun tak berapa selesa. Ada la adegan2 nangis meraung sbb sakit telinga jgk. Hehe. Masa dkt sana, penat juga la full day berjalan sini sana, dengan irsa yg nk duduk stroller je xnk jalan. So irya xleh duduk stroller, and i kena dukung laa. Then setiap kali naik turun van or kemana mana, jenuh nk melipat and angkat stroller jgk. Nasib baik bab makan2 diorg okay. Part susu je i penat sbb dua dua directfeed je seminggu tu 24/7. Tak bawak sebiji botol or susu formula langsung. Ngaa. Most of the time diorg okay berjalan and nap during the trip, tapi ofcourse la ada adegan nangis2 jerit2 baling barang jgk. Hehe.

Selesai je trip ni, hairi and i decide our next oversea trip will be masa irsa irya dah sekolah rendah. Hahhahaa. Penat weiiii.

Anyway, thank you Ramos family for this memorable trip. Semua membantu jgk dgn anak anak ni, tapi biasa lah..anak anak mesti nak makpak dorg jugak sudahnyaa hahaha.

Yayah’s Birthday

Alhamdulillah, husband tercinta turned 33 this year. Seronok dapat bersama and melihat apa yang u achieved selama ni. U should be proud of yourself too, sayang.

Thank you jadi suami and ayah yang terbaik. Banyak sisi sisi baru u yang i nampak sejak u jadi ayah. Thank you rajin cari rezeki di siang hari, dan rajin bantu i with housechores and anak2 di malam hari. Hehe.

This year birthday biasa2 je. Family celebrate dkt kedai chinese muslim area rumah. Potong kek sekali. Hadiah lambat sikit i bagi. Haha.

I love you hamesha and forever.

Irya Inaya is ONE!

Alhamdulillah, my baydoll dah setahunnn. Aaaa dengan irya ni, semua rasa laju dan cepat je. Mcm tak cukup moment2 utk dirasai setiap phase dia. Maybe sebab sibuk ada dua org anak, or sibuk dengan kerja jgk sbb dah tak pkp mcm irsa dulu. Haha.

Birthday irya hari sabtu. Seronok sebab weekend. Tapi ttbe i kena outstation minggu tu. So plan nye i bawa hairi and anak2 ikut pegi outstation dkt Kuantan, then sambung stay dkt Terengganu over the weekend. Dapatlah celebrate birthday irya dgn tokwan tokki.

I siap sempat tempah custom cake dkt terengganu utk budak 1 year old ni. Sempat celebrate birthday dia before gerak balik KL sabtu tu. Hadiah birthday irya kitorg upgradekan carseat dia. Carseat ni dari i pregnant irsa lg i berkenan. Alhamdulillah, bila dah beranak irya ni baru ada rezeki utk kami beli.

The week after, baru celebrate dkt rumah my parents. Yang ni i dh plan lama la. Masa birthday irsa hritu lg dah reservekan idea theme ni utk irya. Sebab irya tak pandai pilih2 theme lagi, layankan je lah idea mama ni ye. Theme ni mama suuuka sgt. Butterflies, and my favourite colours; purple and peach. Hehe.

Alang2 birthday hairi pn that week, celebrate sekali la ye. Mula2 hairi dh pakai peach, i suruh tukar purple pula supaya sama dgn birthday girl. Hehe. Setiap tahun la korang celebrate birthday sama sama okay. Hairi pun kena ikut tema birthday irya la jadinya. Next year barbie tau. Hahahh.

Happy Birthday Irya Inaya. Babydoll mama. Thank you hadir sebagai pelengkap hidup mama, yayah and irsa. We couldnt even imagine this life without you. Seronok sgt ada irya. Irya merupakan rezeki tak diduga utk kami, dan irya juga bawa banyaaaak rezeki kepada kami. Dari irya dalam kandungan lagi, banyak rezeki kami dapat. Hairi dpt kerja baru, i dpt kerja baru, irsa dpt masuk school, kitorg finally pindah duduk rumah sendiri, and banyak lagi.

Suka tengok irya membesar..lain perangai dengan irsa. Hehe. Cara makan lain, cara merangkak lain, cara manja pun lain. Makin besar makin cerdik and cheeky. Irya punya comel dgn mata besar tu buat ramai org terpegun and suka dgn irya. Hari hari kalau bawa irya naik turun lif dkt rumah, messsti ada org tegur irya. Kalau jalan dkt mall pun, or bawa pegi school irsa ke..ramai yg akan tegur irya. Jadinya mama dgn yayah kena selalu buat muka mesra. Takleh sombong2 hahaaa. Benda baik jgk la tu kan hee.

Thank you irya..jadi anak yg baik and mudah utk dijaga selama setahun ni. Irsa pun baik and mudah tahun pertama, lepastu mama yayah tertipu hahaha. Biasa lah tu budak2 membesar kan. Thank you sebab irya selalu mengalah jgk dgn irsa hahaha. Tapi lately nampak irya dh agresif sikit la lawan kakak tu. Tapi mama tak sabar jgk nk tgk irya boleh berjalan..boleh bercakap..mesti lagi seronok tgk irya main and membesar dgn irsa.

Semoga Allah sentiasa melindungi anak anak mama. Mama sayang irsa dan irya.

Maka dgn ini, mama berehat la for few years dari rutin ambil gmbar korg each month ni. Hehe.

Wedding of Danial & Syakirah

Alhamdulillah, upacara terbesar Ramos Family tahun dah selesai. Syukur alhamdulillah my only brother dah selamat bernikah on 23 Sept 2023. Soooo in love with the deco dekat Hotel Maya masa majlis nikah ni.

Banyak ding dong ding dong juga especially regarding baju pengantin masa ni, tapi alhamdulillah everything went perfectly. One week before majlis kelam kabut tukar plan and finally dpt juga jumpa baju sanding cantik and affordable for the bride and groom.

Baju family kitorg pula sangat cantikkk. Ramai puji the colour and designsss. Hehe. I pun suka sangat sebab first time custom baju sama dengan my girls.

Dua minggu kemudian majlis belah kitorg pula dkt DXN Cyberville. Kitorg sefamily checked in dkt hotel cyberview juga. Seronok sgt weekend tu dpt spend with family and friends. Syukur majlis berjalan lancar. Anak anak pun behave and baik je throughout the day. Alhamdulillah.