#DiariDiniHairi – Bertandang 21 July 2018 Part 2

 

MA1_9012

Alhamdulillah, cuaca siang haritu baik sangat. Pengantin berarak dgn family I ke rumah Hairi. Pintu gerbang kitorg cantik sangat dorg buat ikut yg husband I request, and masa berarak tu siap ada carpet merah and bunga kiri kanan, idea dari mak. Khemah pn warna gold cantik siap ada chandelier and scallop penuh. Terharu husband buat cantik2 utk menyambut I and family i. Family members ramai puji cantik. Sampai kt dpn rumah, berhenti sekejap sbb ada pertunjukan silat pengantin from adik ipar i. Tradisional sgt wedding ada silat ni. Background music lagu Ulek Mayang dipilih oleh my husband. Semua kagum tgk Suhaimi silat, and bersorak tepuk tangan bila emcee bgtau yg silat tu adik Hairi. Hehe.

Then ktorg masuk rumah, duduk kt pelamin, bergambar sikit and baca doa.Seterusnya, terus ke upacara makan beradab. Deco meja beradab pn cantik sgt. Family I sume dpt meja VIP siap dgn dome, and doorgift bunga rampai. Semua husband I yg sediakan and pilih. Suka sgt dgn taste dia. Ehm, tgk la wife dia kan. Hahahaa. Alhamdulillah, semua suka dgn makanan yg family Hairi masak. Bertambah tambah makan. Siap panas2 angkat gulai dgn baldi, and ada yg siap pergi kt tempat rewang nk amik makanan sendiri. Hehe. Makanan kt meja beradab pn mcm 5 star sgt decorations yg makcik Hairi buat. Makcik Hairi ada buat sate ikan and mushroom soup special jgk, and air pn ada pelbagai jenis boleh pilih. Meriah sgttt. Tapi mcm biasa la, pengantin makan sikit je, pstu bangun beramah mesra and bgambar kt pelamin.

This slideshow requires JavaScript.

Ramai saudara mara Hairi and kawan2 dia yg dtg. Kawan2 I pn ada a few yg travel from KL utk dtg, and ada kwn I yg duduk tganu tp lama tak jumpa pn dtg jgk. Seronok sgt majlis berjalan lancar and makanan serta doorgift cukup. Lebih kurang 4.30pm majlis habis, and rushing la sikit bukak perkakas2 kat badan ni and buang makeup utk solat zohor. Hehe. Ptg tu kemas2 sikit then malam dinner ikan bakar dgn my big family before semua balik KL esoknya. Pagi esok tu pagi pagi lagi i dgn Hairi sental and basuh kawah kawah lauk kenduri semalamnya. Basuh lap kira sudu garfu and barang barang pinjam untuk dipulangkan, and pulangkan baju and set kahwin sekali. Haahhh selesai dah semua majlis kahwin I dgn Hairi. Syukur.

Pelamin, meja beradab, baju songket, inai – @impian_bridal

MUA – @juju_dtouch

Khemah – @ras_impiana_canopy

Handbouquet – @bunga_pahar_ciktpah

Sanggul lintang – @theprettythingsmy

 

Advertisements

#DiariDiniHairi – Bertandang 21 July 2018 Part 1

Majlis bertandang at Terengganu. Majlis hari sabtu 21 Julai, tapi hari rabu sebelum tu lepas kerja dh gerak ke sana. Banyak benda yg husband kena settlekan. Sampai je kt rumah, mak n ayah terjaga, salam peluk cium then terus tdur je sbb dh pukul 1 pagi. Pagi tu bgn, geram tgk husband pkai cap dgn seluar pendek, pastu cakap ganu, and makan beria kt rumah dia. Pagi pagi lg ktorg dh makan durian. Haha.

Then ktorg pegi butik amik baju and barang2 kawen, pstu pegi ambil bekas2 lauk, then pergi kedai cari barang2 apa lg tak cukup utk wedding tu. Lepas tu Hairi ajak pergi empangan kenyir. Takleh masuk situ, tapi ada jalan turun bukit sikit, then boleh la menikmati pemandangan situ. Tgh hari masa tu, so tkde org. Cantik and tenang sangat…hijau colour air dia, and boleh nmpk empangan dari jauh. Ptg tu pulak amik doorgift.

Khemah, pelamin, pintu gerbang and meja beradab pun pasang hari tu. Puas hati sgt sbb cantikkkk pilihan husband i. Ngee.

Esoknya pagi pagi ramai dh dtg rumah, tolong kopek bawang, start preparation merewang, siapkan doorgift, etc. Tgh hari pulak I berinai. Inai ni skali pakej pelamin. Sbb my side hritu Hairi pilihkan design, this time I pulak pilih design sendiri. Hehe. Inai kali ni mcm maroon sikit. Nikah hritu mcm more merah.

Ptg tu family I dtg kejap before dorg pergi homestay. Excited bila mama ckp family I smpai 14 kereta dtg. Terharu sbb semua sanggup dtg jauh2..although tau dorg lg excited nk bcuti and pergi shopping kt pasar payang. Haha. Malam tu tdo lewat sikit sbb tggu husband siap prepare everything.

Pagi sabtu tu lepas subuh, ktorg gerak bungkus 40 nasi dagang utk bg family yg duk kt homestay. Ada jgk a few yg tdo kt hotels. Sampai homestay, makan jap then I pnya MUA dtg. MUA this time pakej sekali dgn pelamin and baju. I request nk light makeup je siap tnjuk gmba mekap time nikah. Then I warn awal2 jgn kacau kening I sbb dh tebal. Hahaa. Sbb masa tgk ig dia, dia makeup mata cantik, tapi kening nmpk sgt mcm lukis. Ngaa. I x dpt tgk muka I masa makeup tu sbb cermin jauh. Adik2 and mama lak tgh sibuk bsiap jgk. I riiiisauuu je sepanjang dia makeup tu. Then bila deena dtg jenguk, I buat isyarat tanya ok ke..dia angguk, so I lega. Tapii..bila tgk cermin, I terkejut! Pinknyaaa! Tak light langsung! Hahaaa..nk murung pn tak sempat, tapi lepas pakai kebaya songket, baru rasa mcm naik la makeup tu sbb warna baju dull. MUA ni pulak first time pakaikan org sanggul lintang and selempang kebaya. So mama and deena pn tolong2 la..skali tolong siapkan hairi and perkakas dia. Kabuut.

Lepastu terus gather kt balai raya sebelah rumah Hairi, jumpa la semua sedaramara i. Mostly sume puji I cantik and makeup I this time ni paling lawa compared to majlis2 sebelum ni. Terus naik confident level i. Haha. Mungkin sbb pink kot, and nmpk la makeup pengantin. Before ni mcm natural2 je. Okay, sambung details wedding kt next post. Panjang sgt pulak yg ni. Hehe.

MA1_8985.JPG

Honeymoon – Cameron Highland

bwuq80201.jpg

Bersambung from the sunway hotel story, after pergi kenduri jia, the rest of the day tu we spent at home je tolong kemas rumah. Then, malam tu packing for our honeymoon at Cameron highland. Both of us were so excited sbb I last pegi masa kecik, and hairi tak pernah pergi. Few weeks before kahwin, I dh buat itenary for the honeymoon. Siap google tempat makan best and calculate distance and time from one place to another sbb we only pergi for 2 days.

Pagi tu  excited betul amik couple watch, kasut hantaran and shades hantaran fresh dari atas dulang utk bwk g honeymoon. Hehe. Baju pn colour coded sbb nk matchy matchy. Hee. Kitorg kononnya nk gerak lepas subuh. But since it was Monday and malas nk jem dgn org g kerja, ktorg pn delay la sikit. Tapi dh bergolek golek tu, pkl 9.30 lebih bru gerak. Ktorg plan to skip the butterfly/bee farm and decided to directly have lunch. Laparr. Our journey was a bit lama bcs ada traffic jammed jgk before naik hway, and then bila nak mendaki ikut jalan kecik tu pun lama jgk. But we enjoyed our first trip together. Masa otw, radio mainkan lagu Dia-Anji which is lagu video nikah ktorg, excited lagi dedua. Haha. And masa kt jalan berpusing pusing naik Cameron tu, while holding hands sandar kt bahu, banyak la ktorg open about our secret past stories. Dh kahwin kan, so mcm dh make no differences dh nk share. Dulu dua dua takut nk share sgt sbb tknk gaduh. Haha.

IMG_1167[1]

Sampai je kt Cameron dh around 1pm. Sesat cari kedai yg I pilih tu. Guna waze and google maps, then jumpa la Barrack Café tu. Tapinyaaa…tutup pulak on Monday. Haih. Then google sikit and decide nk makan kt nearby café, Scott Café. Review mcm ok tp bila pergi mcm kosong je kedai. I order spaghetti Bolognese and hairi order lamb chop. Nasib baik sedappp. Hehe. Pastu sbb checkin pkl 3pm bru boleh, ktorg follow la itenary ke strawberry farm. Mula tu I salah waze, smpai ke kedai nasi lemak strawberry kt KHM Strawberry Farm. Cek2 balik rupanya nk ke Big Red Strawberry Farm. Hahaa. Nasib dpt husband penyabar. Smpai kt situ, mcm hambar je. Ada la seketul dua strawberry besar and cantik. Tapi tenang la jalan2 tgk bunga bungaan mekar kt situ. Amik2 gmba and sempat beli cactus sikit. Then sbb dh kt strawberry farm kn, ktorg pn cari lah strawberry coklat nk makan2. Ok ok je rasa dia. Then bila dh pkl 3 pm, ktorg pn gerak ke hotel.

IMG_6579[1]

IMG_1221[1]

Smpai hotel, pn sama sunyi je. Tkde langsung kereta. Ngaa. I memula pilih hotel lain, tp lepas study2, compare price and reviews, I amik hotel De La Ferns. Mostly hotels kt Cameron ni dh lama lama, so kne cari yg dh upgrade. Hotel baru ada, tapi mahal sikit. Lepas check in, naik bilik kt top floor and tgk bilik cantik besar, view best, sejuk walau tkde aircond or kipas, and toilet ada bathtub. Golek2 kt bilik, pastu mcm best pulak relax2 ptg tu, terus tak jd ikut itenary ptg tu yg nk ke Cameron valley kononnya. Haha. Lepas tu I google nk makan steamboat halal kt satu recommended restaurant ni. I google mcm 1min je dari hotel. So I assume steamboat tu kt hotel I ni la sbb nmpk iklan dia masa check in. Ktorg call reception ckp boleh prepare set steamboat tu sbb ktorg nk turun kejap lg. Lepas mandi solat, siap2, ktorg turun, dorg prepare meja kt luar. Steamboat ada sup and tomyam, and makanan2 tu dh ready, takyah amik pilih2. Banyaaak gilaa and alhamdulillah sedap. Best betul sejuk2 malam tu makan steamboat. Tapi time makan tu, I bru perasan sbenarnya restaurant I plan nk pegi tu sebelah hotel. Hahaaa. Then ingtkan lepas mkn nk jalan2 kt pasar malam, tp rupanya pasar malam ada weekend je. Ngaaa.. Maka ktorg pn naik je la bilik. Sebab kenyang sgt, tgk tv cuddle2 sikit, ktorg buat sesi perkenalan cerita pasal masa lalu, smpai la terlelap.

6582165

Esoknya, ktorg breakfast kt hotel je. Kecewa sikit sbb tkde scones. Hee. Lepas tu terus ke Cameron valley yg ptutnya nk g ptg smlm tu. Jalan amik amik gmba, berperang dgn gopro, minum teh strawberry then ktorg plan nk ke ladang the sg palas pulak. Sbb situ lg cantik. Jauh sikit, pastu lagi bliku liku jalannya, and bgaduh2 org nk dahulukan sape jalan dlu kt jalan sempit tu. Sampai tu ktorg bgambar2 lagi and shopping teh. Nk makan desserts kt situ tp mcm ramai sgt org and masih kenyang. Pastu nk pegi lunch, tapi otw tu berhenti kejap kt Kea Farm beli strawberry nk bagi family. Geram tgk sayur and buah buah kt situ. Pstu ktorg teruskan ke Nasi Lemak Strawberry yg ktorg tersesat smlm tu. Order satu je share sbb tak lapar sgt. Then nk pergi Lavender Garden, tp tgk maps mcm kne patah balik kt area sg palas td which is jauh dlm 30mins. Ktorg pn target nk smpai kl awal supaya tak bertembung org balik keje and nk rest sikit sbb esk keje. So ktorg pn gerak balik kl je terus. Otw tu singgah Lata Iskandar jap amik gmbr kt air terjun. Although tak mengikut sgt itenary, and byk tmpt skip, we did enjoy our honeymoon. Nanti kita pergi lagi ye sayyang..

 

Honeymoon – KL

After the reception on 7th July, i dh booked hotel for one night dkt dgn dewan. Just nak have a good time for the only two of us that night after days of being surrounded by people. Hehe. I chose Sunway Putra Hotel, sbb review best and dpt promo price for the room.

Nk dijadikan cerita, after we’re done with our outdoor photoshoot, nak bsiap amik barang kt holding room, baru perasan the car key takde kt ktorg. Hairi gave the key to this brother to letak barang in the car, then bcause pengantin busy atas pelamin, adik Hairi tu pass the key to my sister pulak. Andddd…my sister dh bawak kunci tu balik rumah kt Cheras! Hahaaa. Sebab traffic teruk gila that day, i dgn Hairi pn lepak la kt holding room sementara tggu adik i hantar kunci.

Nk buka perkakas kt badan pn lama gila sbb byk gila jarum. Nasib baik dpt husband penyabar. Lepastu, kt bilik tu pulak dorg dh matikan lampu and aircond. Ngaa.

Lepas tu ada aunty i call ckp mcm susah nk hantar kunci sbb jem sgt and sume penat. I call adik i, ckp hantar esok je la. Ktorg g hotel naik grab je. I dh la kebulur masa tu. Sbb masa makan beradab tu sibuk nangis tgk video ucapan kawan2 and video nikah sendiri. Hahaa. So i dgn Hairi pn call grab. Nasib la dpt satu grab tu, tkde options pn kt kawasan tu sbb jem sgt kot. And luckily jgk ktorg ada baju rehearsal pagi td, and handbag and purse i ada. Hairi yg xde wallet that time sbb ada dlm kereta. Haha.

Then smpai hotel, nk register room tu tgk tgk IC i tkde. Sbbnya masa nikah semalam tu, IC kt daddy. Hahahaaaa. Nasib baik IC Hairi ada kt i, walaupun wallet dia tkde. Ngaa. Dpt je bilik, puas hati sgt sbb luuuuassss and siap ada deco honeymoon sikit and dpt free cake. I ingat nk order room service je sbb penat sgt. Tapi tgk harga mcm mahal tak logik, and Hairi kata dia willing to pegi Sunway Putra Mall sebelah hotel tu, i pn okay je la. I rest kejap kt bilik while Hairi belikan dinner. Hahh..what a day.

IMG_6479[1]

Esok paginya, lepas subuh tdur balik, and sedar2 dh 10.30am. Call my sister suruh hantar kunci kete, dia pn dtg like 20mins after. Then bila dia smpai, Hairi pn turun la nk suruh dia hantar ke dewan utk pick up kereta. But then…adik i call balik ckp dia tersalah bawak handbag! Kunci kt beg lain! Hahahaa..maka dgn baju rehearsal dan usung baju pengantin berat ktorg tu, ktorg pn balik la ke Cheras. Tgh hari sikit bru ke dewan ambil kereta and lepas tu pegi kenduri kawan i, jia . Adoi laaa.

img_64891.jpg

Wedding Handbouquets

Masa tunang hritu rezeki dpt bunga tangan fresh flowers from my friend’s mum. Untuk kahwin, ingatkan nk fresh flower jgk. Tapi bila pikir pikir mcm leceh nk dpt mcm yg i nak and nnt kelam kabut last minute bru nk pickup bunga tu.

So, untuk nikah mama and i decide nk buat sndiri guna artificial flowers. I mmg nekad nk my tw favourite colours; purple peach for my nikah. Mula mula pegi SSF, angkat letak angkat letak, susun bukak susun bukak, finally dpt la bayangkan mcm mana yg i nak. Beli la with tapes and ribbon skali. Pastu bila mama start gubah, mcm ada tak lengkap. I nk cari peach roses, tapi sbb xnk mahal2 kt SSF, i g kt WH Floral kt balakong je. Kebetulan nk cari bunga untuk gubah dulang hantaran, beli la bunga tambahan utk handbouqet jgk. Happy gila sbb jumpa peach roses yg nmpak real sgtt. Lepas beberapa kali susun and gubah, i came out with the idea nk separuh hydragea and separuh roses. Sbb klau hydrangea in the middle, and dikelilingi roses, mcm common sgt. Ngeh. So dpt la amik gmba sisi berlainan. Masa hari nikah, raaaamai sgt puji bunga nikah i cantik. Sukaaa. Thanks ma!

jat5572.jpg

Untuk resepsi pulak, i berminat sgt nk brooch bouquet sbb slalu nmpk mat saleh pakai cantik. Bouquet resepsi ni cousin i nk sponsor, tapi dia suruh i pilih sndiri. So bila search online, bunga ni sume mahal2..Dlm Rm400-Rm1000++. Dpt kt malaysia punya pn dlm Rm850 sbb custom and brooch tu banyak. Then usha kt china pnya website, ada mix satin flowers and brooches. Sbb bajet pn sikit, konon nk beli la china pnya. Tp dlm Rm200 gak.  Lama pikir, smpai la one day, kt lazada ada buat 50%, and ada that type of bouquet. Dpt Rm90 je! Ngaaa. Terus la belii. Nk claim kt cousin pn terus rasa tak serba salah dah. Yayy!

_JAT9204

Wedding MUA

Make Up Artist. Masa tunang hritu I mintak kawan adik I je makeupkan. I minta dia makeupkan I untuk malam berinai je this time.  Since I mcm takde idea berapa rate MUA nowdays, I texted/emailed more than 10 MUAs utk dptkan range price. I suka one MUA ni, ynasakinah. Tapi sadly, dia tak available dh on my date. I cari ni in Nov 2017. Utk majlis bulan July 2018 pn org dh book. Then I go for my second option, makeupbynurulmf. Tapi harga dia mahal sikit. And mcm terlebih sikit budget I if I nak amik for both nikah and sanding.

Tapi I mcm tak keruan, bila survey MUA yg murah sikit, tak konfiden pulak the makeup sesuai tak for wedding dlm hall. Ngaa. So last last, I tambah sikit budget I, then I amik Nurul ni only for reception. For nikah, I chose farahamdi. Farahamdi ni pena dtg my house to makeup my friend pnya wedding, so I dh tgk la kemekapan dia. Haha. Kadang2 gambar kn tak sama sgt dgn real.  Dia punya natural makeup sweet and menepati apa I nak.

Okay, here goes my reviews.

img_64061-e1532590295206.jpg

Malam Berinai

Make up by @mizakamilia. I suka miza makeupkan i masa photoshoot princesscarves and tunang hritu. So utk malam berinai pn minta dia makeupkan. Tnjuk contoh, and dia follow. Nk glittery eyes and eyeliner ada wing je mcm bollywood sikit. Then dia and my sister tolong la pin2 shawl, letak (tikka) mende jurai kt dahi tu and belit the dupatta (selendang).

img_71271.png

Nikah

Make up by @farahamdi. I suka tgk makeup dia utk nikah. So yakin to take. I requested nk peachy look instead of pinky look. Fara ni makeup teliti sgt..lama betul dia makeupkan smpai i tertidur tidur. Haha. Pstu dia taknak pakaikan pengantin bulu mata palsu sbb syariah compliance gtu. Penat la sikit tggu dia makeupkan, and mcm hasilnya tak jauh pn dari muka sebenar. Ngaaa. I nk peach, tp jd mcm nude brownish sikit. Tapi ok laa..still nmpk lembut and sesuai for nikah. Then, masa nk pakaikan shawl, dia buat mcm kebelakang sgt and nampak dahi jendul i. I tak suka sbb mcm bukan mcm biasa i pakai, tp dia convince ckp mcmtu cantik and betul. Pastu cara dia lilit shawl pn lambat dia buat and mcm tak kemas sgt bila dh ptg2 tu. Hmm. Dia siapkan i tu nk dkt 3 jam. Hahaa. Then later lepas dh bgambar and bvideo kt bilik sementara rombongan laki dtg, mama jumpa i and suruh betulkan shawl tu suruh kedepan sikit. Pastu bru i selesa and konfiden. Tapi sbb i tak jumpa innerneck putih, i pkai inner yg biasa. Asyik bgerak je, and kne betul2kan. Leceh. Taktau la salah inner ke salah teknik pin pin tu. Susah nk adjust sbb dh pin veil ke shawl and shawl ke inner. Pastu masa nikah tu, time nangis2 hug parents and aunties, aunty i sorg ni lapkan airmata, terlap skali makeup. Adoii. Nsib baik cousin i bjaya touch upkan. Huhu.

IMG_7128[1]

Resepsi – KL

Make up by @makeupbynurulmf. Ni makeup paling mahal i buat. I told her i akan berarak around 11.30am-12.00pm. Dia ckp nk dtg pkl 10am, tapi sbb pagi tu dia ada job makeup lain, pstu org tu melambatkan dia, and sbb kl jem, nk dkt 11am bru nurul ni smpai. Hahaa. Tetamu dh start dtg pn. Tp i rileks je masa tu sbb tkpela lambat sikit berarak. Nurul pn ada bgtau dia makeup and siap pkai shawl veil sume dlm sejam je. And..mmg betul pn! Kejap gila dia makeup. Sambil2 kunyah chewing gum and borak gelak ngn i, ttbe dh siap. Pastu dia pakaikn shawl pn best sbb mcm biasa i pakai and kemas. Crown pn terletak elok smpai ke petang. I suka makeup ni tapi rasa mcm a bit too dark dkt mata. Tapi mcm sesuai la dgn colour baju and utk gambar dlm dewan.

 

Wedding Photobooth & Guestbook Corner

Kisah photobooth & guestbook ni pun memeningkan. Sebabnya taktau perlu ke tak. Photobooth kan mahal and bukan ktorg yg guna. Tapi dlm hati ni mcm meronta nk jugak. Haha. So first2 i order guestbook dlu. Guestbook ni mcm sangat menepati ciri ciri seorang Dini Dayana. Hahaaa. Sebenarnya i nak sgt kad kahwin i ada lace & ribbons, tapi mahal, bazir and nnt org buang jgk kan. So bila jumpa guestbook ni terus la order. At least yg ni i boleh simpan. Hehe. Then i order dua frame with calligraphy writings from my friend, Farah Nazira. Suka sbb jadi mcm yg i imagine, and nnt boleh jd deco kt rumah. Props pulak beli kt kaison je, murahh. Pen warna warni pun sendirian berhad.

Then alang2 nk ada meja guestbook, buatla photobooth skali kan. Ngaa. I mmg berkenan sgt dgn paperflowers. Mulanya nk suruh Deena je buatkan. Sbb bila survey harga dia melampau sgt. Tapi bila fikir2, nk beli paperflowers tu pn mahal, and nk buat rangka and background tu guna apa pulak kan. Ntah jd ke tak pn satu hal. So i decide utk keep on survey2 utk suit bajet i.

I tjumpa satu insta ni yg harga photobooth dia berpatutan, tp dia x available pulak tarikh 7 July tu. Then i cari lg, tjumpa la satu insta photobooth yg pakej skali guestbook corner. Dia x byk buat photobooth mcm i nak, sbb dia byk buat mcm pallet pnya photobooth. Tapi dia sgt customer friendly, mcm cuba jgk bagi suggestion2 yg boleh kena dgn bajet i. Tapi i still tak puas hati. So i pn ckp dgn dia yg before ni i ada jumpa photobooth ni with this price, and bajet i tahap tu je. So lepas discuss2 nego2, bjaya la dpt photobooth i ni. I ckp tak perlu guestbook table and deco, and paperflowers guna existing yg dia ada je. Dia pn agree, and siap buatkan customized backdrop yg sgt cantik and kena dgn tema. Puas hati sgtttt! Then rasa bsyukur jgk dcide buat photobooth ni, sbb kebanyakan tetamu yg tak sempat naik pelamin bgambar ngn pengantin, semua bgambar kt photobooth ni and post kt insta. Ngee.

Guestbook: guestbook.bydotted

Photobooth: mr.cardkahwin