Irsa Irina : 4th Month Checkup

Alhamdulillah, dah masuk kali ke-4 check up dkt sunway specialist damansara. Always so excited utk jumpa Dr Tengku and nak pegi makan makan after checkup. Hehe.

Berat irsa 6.1 kg, tinggi pun dah naik 3 cm from last month. Lenguh dah dukung irsa, baju 0-3m sume x muat, yg muat pun mostly senteng dah hehe. Kejapnya irsa dah big girl. Kalini amik vaccine rotavirus 2nd dose. Alhamdulillah this time irsa tak muntah balik. Vaccine cucuk pun nangis kejap je. Doc bagi mainan terus diam. Hehe. Sempat bgambar dgn doc jgk this time sbb mungkin next month doc dah pindah bilik. Sunway specialist ni dah extend, jd lagi besar and lg ramai specialist join.

After checkup ingt nk naik genting, tapi hujan pulak. Hujan lebaat. So tukar plan pergi KL east mall. First time jalan situ, dapat la shopping baju utk irsa jgk. Hehe. Balik dari mall baru tau hujan teruk gila sampai banjirrr. Air naik teruk and ada tanah runtuh jgk. Nasib baik tak degil naik genting. Alhamdulillah Allah protect.

Alhamdulillah for Year 2021

Alhamdulillah, tahun ni doa dan impian i selama bertahun tahun termakbul. Tahun ni, hairi and i dikurniakan zuriat.

I would say 3/4 tahun 2021 ni i was pregnant. Awal2 tu takut2, morning sickness, nervous and anxiety bfore every scan..sampai lah detailed scan and seterusnya baby membesar dengan baik dalam kandungan. Masa pregnant covid tgh teruk, takleh rentas negeri..tak dpt blk kampung, tak dpt showoff baby bump, tak dpt babymoon jauh2, or craving2 makan pun. Haha. Work from home sampai lah a few days before bersalin.

Hari i bersalin, kes covid kt malaysia 20 ribuuu. Walaupun dh vaksin, mcm mcm jgk takut and takleh. Kena tukar hospital, tukar doctor. Takleh bagi org jumpa irsa, and takleh nk amik confinement lady pun masa i pantang. Semua i dh detailkan dlm wordpress ni. Boleh la i baca baca balik nanti. Hehe.

Alhamdulillah..semuanya dpt dilalui dgn baik and tenang. Towards end year, kes dh turun, dh boleh balik kampung, dah boleh jumpa fmily, boleh jumpa kwn kwn. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari wabak penyakit berbahaya dan bala bencana. Semoga hairi and i dapat besarkan irsa dengan sebaiknya and provide semua yang terbaik utk irsa. Thank you semua yg sama sama dgn i lalui 2021 ni. Muah ciked!

Deena and Opi’s Reception

After a year deena and opi bernikah, finally dpt buat majlis resepsi. Berapa kali tangguh. Kesian kena tukar2 date. Kalau x bayar booking2 fees, maybe boleh cancel je majlis ni. Haha. Baju i pulak masa tempah tak pregnant, pastu bila pregnant dh tukar design, tgk tgk dh beranak pun belum buat majlis, last minute baru alter and final fitting baju i. Irsa pulak i belikan je dress kat shopee. Sbb tau pakai sekali jeee. Hehe. Nasib baik jumpa yg cantik !

Alhamdulillah, after dah lama tak gather dgn fmily, dpt la jumpa everyone that day walaupun tak semua ada, sbb covid and ada hal. Ramai jugak yg first time jumpa irsa masa ni. Selalu tgk kt fb and insta je. Family dari tganu pun datang. Irsa pun alhamdulillah behave je sepanjang majlis. Susu 2-3 kali, poo poo 2 kali, nap 2 kali. Tak meragam or nangis pun org ramai ramai. Mama sayang irsa !

Irsa Irina : 4 Month

Alhamdulillah, irsa dah 4 bulan. Pejam celik pejam celik dh 4 bulan. And mama pun dh sebulan masuk kejeee. Syukur masih boleh wfh and sekali sekala je masuk ofis or g site. Dpt jugak tgk2 irsa membesar.

Pencapaian paling utama nk masuk 4 bulan ni, irsa dh boleh roll sendiri. Roll sampai meniarap, tapi nak roll baring balik tak reti haha. Comel la anak mama niii. Semoga membesar dgn sihat sayang mama.

Irsa Jalan Jalan

Alhamdulillah, second trip balik tganu dgn irsa berjalan lancar. Hairi and i amik cuti hari jumaat, and gerak sekali dgn Sya lepas subuh. Kabut jgk pagi tu, plan nk gerak 6.30am, tp 7.00am gk baru keluar. Dah sama keluar jem dgn org g keje. Irsa tdur awal perjalanan tu, sampai la benti kt genting sempah sebab dia berak bocor. Haha. Beli drivethru mcd and tukar diaper and baju dia dlm kete je.

Sambung perjalanan main2 dgn irsa. Susaaaaah nk duduk dlm carseat, asyik nk i amik dia je. Kalau duduk dlm carseat pun xnk pkai seatbelt. Huhu. Sampai bukit payong around 1pm cmtu. Excited tokwan tokki lama x jumpa irsa. Irsa dah start kenal org sekarang. So mula2 tu dia rengek2 takut jgk. Tapi lepas dh biar dia main and biar scan lama sikit muka2 kt rumah tu, dia okayy. Hehe alhamdulillah. Dptlah mama ayah lunch dgn tenang tgh hari heh. Irsa pun busy sibuk tunjuk skill mengengsot laju dia kt tokwan tokki.

Ptg tu ingt nk g celup tepung, tapi hairi tertidur. Jaga lewat petang, so hairi bawak g makan roti payang. Lamaaa tak makan! Favourite i nii. Masa makan tu irsa asyik nk kepit je ngn i. So bagi la hairi makan dlu. Toys dia dh berapa kali campak bawah pulakk ngaa. Lepas hairi makan, i pulak makan. Tp irsa nangis jerit nk i jgk. Hairi stress, so bwk irsa jalan2 luar kedai and biar i mkn dgn tenang. Hee. Tapi tak tenang pn la sbb kesian kt anak and nk cpt habis. Pastu awkward la mkn sorg2 cmtu. Then dgr ada budak lain nangis jgk kt kedai tu, baru hairi masuk kedai. Tak malu sgt klau irsa nk nangis lagi hahaha.

Malam tu tak sempat nk dinner sbb sibuk jaga irsa. Esoknya pagi konon hairi nk bwk g tgk sunrise, tp dia takleh buka mata lepas subuh. Hahhaa. So i bawak irsa jalan2 dpn rumah je la pagi tu..tapi hujan renyai pulak. Lepas brekfes main2 dgn irsa, nap, then tgh hari g kenduri kt kampung. Nasib baik ada bawak blouse labuh cantik sikit..hehe. Excited tokwan duk tunjuk cucu KL dia kt family. Hehe.,

Ptg tu sbb dh merajuk2 smlm dgn hairi, dia bwk la g mkn celup tepung. Pegi dua kereta dgn adik2 skali. Hehe. Lepas mkn, jalan tgk pantai kejap. Bwk irsa tmpt mama ayah dia dating2 before kawen and awal2 kawen dlu ngee. Tapi ptg tu sbenanya waktu irsa nap. Ktorg bwk main pasir and air pulak. Moody la diaa. Dia tak enjoy pun. Asyik nk nangis je. So ktorg balik dulu. Masuk kereta, susu, terus irsa tidurrr. Ala syian anak mama.

Esok paginya lepas subuh plan nk g tgk sunrise dkt chendering. Ni pantai tmpt mama ayah irsa outdoor photoshoot kawen dlu. Hehe. Irsa dah bgn masa nk gerak, tp ttdur dlm kereta. Sampai situ, dlm 7.40am cmtu matahari dah naik tinggi jgk hahaha. Dukung la irsa bgn rasa angin laut pagi2. Cantikkkk sgt view pagi tu. Tak lama lepas tu irsa bangun. Pelik je dia dgn muka kerut kerut. Bangun tdo know know kt laut hehe. Dpt la photoshoot2 dgn irsa kt situ. Harini mood baik sikit sbb dh susu n tidur kan. So dia ok la pijak2 pasir and main air laut. Sampai basah2 seluar and diaper.

Masuk kereta tukar diaper and seluar, pastu g brekfes nasi dagang. Ni kedai yg hairi bwk i makan sejurus selepas i mendarat dari kapal terbang masa first time dtg ganu nk jumpa fmily dia dulu. Hahaa. Kena mention jgk kt irsa wlpn dia tak paham hehe. Time ni pn gilir makan jaga irsa. Sebab tak maunye duk kt babychair. Klau duduk pn kena jaga jgk sbb dia asyik baling mainan haha. Balik tu, kemas2, then lepas lunch lauk mak masak. Lepas lunch balik kl. InsyaAllah balik tganu lg bulan tiga nnt..ada aqiqah cousin irsa pulakk.

Lepas dh berjaya balik2 kampung n bcuti ni, baru berani nk bwk irsa jumpa jumpa org. Nak jugak irsa tgk dunia luar and manusia lain. Alhamdulillah, irsa ok je pegi kenduri2 and jumpa my friends and her potential friends. Hahah. I pun seronok gather2 after more than a year. Mostly my friends sume x sempat pun tgk i ngandung, ttbe jumpa irsa pn dh besar haha.

Irsa Irina : 3rd Month Checkup

Alhamdulillah, kali ketiga pergi checkup dgn Dr Tengku Putri Zainab harini. Pagi2 siapkan irsa and kl 9.30am gerak dari rumah. Kali ni bawa misscho irsa sekali sbb tkde sape kt rumah nk teman dia. Sampai klinik, macam biasa register and tggu irsa timbang and ukur. Selalu excited part ni nk tgk berapa berat irsa. Rasa berat sgt anak mama ni dahh. Hahaa. Masa timbang irsa leka tgk wall sticker tu, so xnk pandang camera. Berat 5.74kg alhamdulillah.

Hrini ambil vaccine hexaxim second dose. Masa jumpa doc, doc tgk and belek2 irsa semua ok, except pipi dia still merah ruam. Doc bg sample krim lain pula. Banyakkk dah try, harap yg ni sesuai la. Hehe. Tapi normal je baby ruam kt pipi mcmtu lagi lagi irsa sekarang tgh drooling. Masa datang sampai jumpa doc ni dah tiga bib tukar. Airliur la jeluak la. Comot dahh. Beria mama siapkan comei2 pepagi, jumpa doc dah comot. Doc kata sampai baju irsa pun basah dahh. Haha.

Kali ni mama dh tak neves or sedih dh tgk irsa kena cucuk. Sempat video lagi irsa kena cucuk and nangis. Haha. Untuk kenangan kan..Kawan i kata record la vdeo baby nangis, nnt boleh tgk balik. Selalu bila nangis i panik sedih skali kan, so xde masa nk record. Kali ni dh chill dah sbb tau nangis tu kejap je hahaa.

Borak2 ngn doc jap, pstu settle. Balik tu ingt nk g tropicana mall opposite sunway specialist ni. Tapi terlepas simpang, haha. So g lunch dkt the curve je. Till next appoinment ! Next kena amik rotavirus lagi, so i neves sikit takut irsa muntah mcm last time haha.

Irsa in Ipoh & Terengganu!

Ipoh

Holiday yayyy. Nervous nak bawak irsa first long trip naik kereta. Plannye pergi tapah, rumah mertua deena utk lunch, then sambung jalan ke ipoh utk jalan jalan makan makan.

Pagi sabtu tu kejut irsa bgn awal and mandikan dia. Mungkin sebab segar, dia taknak tidur pula dalam kereta. Macam macam la i kena play dgn dia sampai lah ke rnr rawang. Berhenti situ utk light breakfast then sambung pjalanan ke tapah. Nak ke tapah ni irsa tidur je dlm carseat dia.

Sampai tapah, ktorg bawa turun carseat/carrier dia. Senang bila dia nk tidur or rest kejap dlm tu sambil org agah agah dia hehe. Lepas lunch dkt rumah mertua deena, ziarah rumah pakcik dia kejap, then smbung ke ipoh.

Dekat ipoh ktorg tdo dkt The Haven. Canntiiikkk. View dia lebih kurg mcm Banjaran hairi and i pergi last year. Ambil apartment 2 bilik. I suka gila apartment ni. Dapur dia best, balcony pun besaaaar. Nampak view banjaran, tasik and pool. Petang tu plan nk mandi pool, tapi hujan pulaa. So sume rest2 je and makan mee rebus yg mertua deena bekalkan. Dh lewat petang tu irsa bangun, so ktorg tukar baju dia and bagi dia swim2 dkt dlm jacuzzi bilik utama. Nasib baik besar jacuzzi tu and dpt la ktorg tgk irsa serasi and pandai tak dlu swim dlm tu bfore bwk g pool kt bawah.

Excited sume tgk irsa punya ‘swimming show’. Hehe. Cerdik sgt nampakk. Tak sia sia glamma belikan swimsuit, mama belikan swimming diapers, and ayah belikan float utk irsa. Nampak irsa enjoy sgtt. Nak swim lama lama, marah bila angkat keluar. Haha.

Malam tu sempat dinner dgn family uncle i yg kebetulan ada dkt ipoh jgk. Esoknya, lepas breakfast ktorg pegi swimming. Irsa tidur masa ni, so glamma dgn granddy dia jagakan. Dapatla i dgn hairi swim and posing2 dkt pool tu. Dkt The Haven ni checkout pkl 2pm, so dptla mandi lama and bsiap berehat bfore balik. Irsa pn sempat another round swim dlm jacuzzi kt bilik.

Bfore balik, singgah ipoh chicken rice utk lunch. I takde mood masa ni sbb sakit perut sgt. Tunggu order pn lama sbb ramai org. Irsa pn dh x selesa..susukan and tdokan dia dkt kedai tu sementara mknn sampai. Dah selesai, ktorg pn gerak balik. Otw balik tu i dgn irsa dua dua tdo sepanjang jalan haha. Sian hairii..Dh nk smpai kl baru i bgn ngee. Syukur irsa tidur lama jgk sbb i pn x sedap perut and sakit kepala masa tu.

First trip was a success. Bagus jgk pegi ipoh ni, sbb i dh bminggu minggu risau nk bwk irsa balik tganu jalan jauh. So kira ipoh ni testing dlu la. Tahu dh la nk kena bwk barang apa, and nk play apa dgn irsa dlm kereta lama lama. Hehe.

Terengganu

Alhamdulillah, lepas kejayaan trip ipoh hritu, kurang la sikit neves and kerisauan nk bawa irsa balik terengganu. Nak balik ganu first time after all the pkp. Setahun lebih tak balikk…last balik masa belum pregnant pun lagiii. Huhu. So ni kira first time jugak irsa nk jumpa tokwan dan tokki dia.

Mcm mcm packing nk balik tganu ni, termasuk lah bathtub lipat and swing leaf irsa haha. Baju sebanyak2nya, handkerchief and bib pun banyakk. Gerak blk kampung awal pkl 7am. Irsa tak mandi pun, bawa terus masuk kereta. Susukan pastu tidur. 2 jam lebih jgk dia tidur. Then dia bangun dlm kereta tu, play play sikit..singgah rnr nk tukar diaper, tapi penuh sgt. So tukarkan kt parking je. Then tdo main tdo main, lepas 6 jam sampai la rumahh. Tokwan tokki dia la paling excited sekali jumpa cucu nii. Alhamdulillah irsa okay je org nk pegang and main dgn dia. Tak nangis pun. Dpt la mama ayah ni lunch dgn tenang. Hehe. Laaaama tak makan lauk mak masak.

Petang sikit tu ingat nk bawa irsa jalan..tapi dia tidur. Dalam pkl 6pm bgn, bawa la singgah rumah moyang dia. Dkt area belakang rumah je. Happy sgt moyang dia jumpa irsa..sampai menangis dia sbb happy sgt. Borak2 kejap and ada makcik2 ktorg dtg jgk kt situ. Seronok semua jumpa irsa. Slalu tgk kt fb je hehe.

Esoknya ada la plan nk jenjalan jgk, tapi seharian hujan..so duduk rumah je la. Irsa main2 dgn aunties and uncles dia. Ada mkcik2 lain jgk dtg lawat irsa. Irsa banyak main n borak, sampai habis bib dia basah2. Sehari smpai 6 bib tukar. Dah basuh bib dia, tp jemur tak kering sbb hujan je seharian. So malam tu singgah manjaku mall terengganu beli handkerchief and bib irsa. Then g mkn kt mykori dgn adik2. Lepastu pusing2 jap tgk jambatan. Esoknya ingt nk g pantai, tapi irsa tidur masa sume org dh siap nk keluar. Hahaa. So tak ikut laa…Jalan2 pusing kampung je petang tu cari roti paung.

Hari last irsa, dia bangun pagi dah bocor atas katil haha. Tengah sibuk packing, kena pulak basuh2 pagi tu hehe. Dah siap semua, irsa lena tidur pulak. So mak g cari buah tangan utk ktorg balik kl. Jadinya gerak lambat sikit. Masa kt lpt2 tu ok lagi traffic. Tapi bape kali jugak ktorg benti..g toilet, g solat, tukar diaper, beli makanan. I dah lapar gila sbb xde tmpt nk benti lunch. And penat jgk taktau dh nk play apa dgn irsa. Haha. Sampai lenguh2 bdn and punggung dah. So bila tgk maps dari temerloh tu jem sgt nk ke gombak, ktorg decide nk singgah kampung i kt temerloh. Mesej aunty i ckp nk singgah jap, then dia kata okayy. Dia pun seronok la sbb dpt jumpa irsa hehe.

Minum ptg borak2 jap then ktorg rest..irsa pun tdo kejap. Lepas mghrb tgk maps still jem. Irsa dh x cukup baju dah. I pun keluar kejap g manjaku mall kt temerloh pulak shopping. Banyak gila choices, asyik amik letak amik letak sbb nk cari yg murah. Haha. Balik shopping, dinner dgn aunty and ttbe ada cousin2 dtg jgk kt rumah aunty i ni. Dpt la mereka jumpa irsa kejap..tp irsa dh cranky ngntuk..Dah pkl 11pm tu tgk traffic jem lg and irsa pun dh tdo..so ktorg dcide tdo je la rumah aunty hehe. I cuti lg esoknya and hairi pun wfh. Bangun subuh, and 7.30am cmtu ktorg gerak balik cheras. Irsa tdo je sepanjang jalan. Hehe.

Alhamdulillah..seronok dpt bwk irsa balik kampung walaupun sume plan tak jadi. Gambar pun xde nk post haha. InsyaAllah balik lagi nantii.