Diari Umrah + Tips! – Part 2

Mekah

Before g kursus and study online, i mcm blur blur jgk buat umrah ni cmne. Dah lupa dah masa belajar kt sekolah dulu. Huhu. Actually umrah ni 3 jam pn boleh settle dah, tapi kenapa kena pegi smpai 12 hari? Haa. Sebabnya bukan senang nk smpai ke sana, so perbanyakkan la amal ibadat dkt masjidil haram dan masjid an nabawi. Boleh jugak pergi ziarah ziarah bg memahami pjuangan nabi ibrahim dan nabi muhammad saw.

Mngikut itinerary, agent akan bwk utk 3 kali umrah. Tapi ktorg just buat dua kali je. Satu umrah wajib and satu umrah sunat. Bfore pegi ada bljr yg perkara lebih afdhal buat kt sana is tawaf sunat. So selama 5 hari kt mekah, 2 hari ktorg buat umrah, and 3 hari lg tu ktorg buat tawaf sunat 2 kali sehari. Umrah tdiri dari niat di miqat, tawaf, saie, tahalul dan tertib. Hari first smpai mekah tu ktorg dh berniat dkt miqat masa dlm flight lg. Smpai jeddah tgh hari and smpai mekah ptg. Masa otw tu mutawiffah dh brief psl umrah, suruh betulkan niat, minta maaf dgn fmily, and doa byk byk kt Allah semoga lancar semuanya. Masa tu gugur dh airmata i. Lepastu ktorg start bertalbiyah dlm bas, bila baca smbil baca maksud dia, lagi laju airmata mengalir. Sebak sgtttt. Ktorg smpai hotel dlm waktu asar, tapi malam baru buat umrahnya. Jadi lama ktorg berada dlm ihram. Malam tu lepas isyak baru ktorg masuk masjid, and bila nmpk kaabah dpn mata tu Allahu laju jantungggg. Semua menangis depan kaabah tu, sujud syukur. Lepas tu bru mutawiffah guide buat tawaf, mana nk solat sunat tawaf and pintu mana utk buat saie.

The second umrah pula pagi ktorg pegi ziarah and bniat terus kt miqat jaaranah, then lepas zohor ktorg terus selesaikan tawaf and saie, sbb this time xnk lama lama dlm ihram. Nnt klau nk buat umrah, study and fahamkan pantang larang ihram, sbb ada jgk kes kes psl pantang larang ni yg buat org kena bayar dam, and klau x selesai, takut nnt smpai dh keluar kota suci pn masih dlm ihram and berdosa. Sbb tu mutawiffah byk kali kata, umrah ni mudah tapi jangan ambil mudah. Benda dosa pahala benda besar, kita buat umrah nk pahala, bukan nk dosa.

Bfore g umrah ni pn mama and sedara mara byk bg pesanan suruh jaga tutur kata and tingkah laku kt tanah haram sbb mcm mcm boleh jd. Takut apa kita ckp tu jd doa and Allah makbul walaupun benda tu tak elok or kita tak maksudkan pun. Ada jgk perasaan neves, takut, berdebar, excited, risau..tp bila smpai sana, semuanya lebih indah dari bayangan and alhamdulillah semuanya lancar dan dipermudahkan.

Bila dgr dgr cte org and tgk kt tv mcm ramaiiii sgt org kt mekah ni, ada ke ruang utk i. Duk byg masa solat org langkah i la, pijak kepala i la, and masa tawaf tu ditolak2 la. Tapi sebenarnya ok je, seluruh lantai masjidil haram tu baik dalam or luar mmg ada tiles rectangle yg menghadap qiblat. Dan selesa je solat sbb mcm satu tiles sorg. Nk letak beg, nk letak uncang kasut kt sebelah or dpn kita pun muat je. Bila tawaf pula, ktorg pena try tawaf lepas subuh, lepas zohor, lepas asar, and lepas isyak. Waktu paling tak ramai and cpt selesai is lepas zohor, sbb tgh matahari terik. Paling tenang lepas subuh sbb tak rushing apa. And paling ramai pula lepas asar and isyak. Waktu yg afdhal lepas subuh and asar. Walaupun ramai and byk je kena tolak, tp ada je ruang utk kita. Masa tu kne la jalan dgn fmily, supaya tk tganggu klau terpisah. I sentiasa pegang hairi, danial pula pegang deena and dania. Klau terpisah, ktorg dh ada tmpt bjanji nk jumpa lepas selesai tawaf tu.

Masa g kursus and masa dlm bas, dh diajar nk baca apa masa 7 pusingan tawaf tu. Sebenarnya boleh je baca apa apa, doa dlm buku panduan, surah lazim, zikir, or any doa. Tapi i pilih utk doa. Mengikut pusingan tawaf, i doakan :

  1. diri sendiri
  2. suami & perkahwinan
  3. ibu bapa
  4. adik adik
  5. family mertua
  6. saudara mara
  7. sahabat handai dan umat islam seluruh dunia

Setiap kali tawaf pn doa yg sama so automatik akan yakin dh complete 7 pusingan. And bila hari2 and beberapa kali, doa doa tu diulang and akan jd bertambah byk, which i rasa bagus la sbb sekeliling kaabah tu byk tmpt mustajab berdoa, and kita taktahu waktu bila doa kita diangkat, jadi doa and minta je byk byk, and sespecific mungkin.

Time saie pula akan jd penat sikit sbb baru lepas tawaf kn, jadinya sambil jalan setiap pusingan i baca:

  1. subhanallah
  2. alhamdulillah
  3. allahu akbar
  4. lailahaillallah
  5. astagfirullahalazim
  6. zikir nabi yunus
  7. selawat nabi

Dekat kawasan lampu hijau i baca doa mcm masa tawaf sbb tu tmpt mustajab jgk. And ada jgk baca doa doa from buku panduan sbb jauh jugak saie tu.

Selesai tu ktorg bertahalul dkt bukit marwah, gunting beli kt kedai eco rm2 jgk. Haha. Lepastu balik bilik mandi syampu puas2. Hehe. Seronok nau dh terlepas dari pantang larang ihram.

Waktu tak buat umrah buat apa? Guna masa sebanyak mungkin while kt sana utk beribadat. Selain tawaf sunat, ktorg stay jgk in between waktu solat contohnya dari asar ke maghrib, and masa tu buat la solat hajat, taubat, qada’, zikir, selawat. Baca quran and baca doa doa kiriman sedara mara n kawan kawan, and doa lagi utk diri sndiri dan keluarga. Masa baca doa doa kiriman tu, rasa sayu sgt.. Rasa kecil je masalah and pmintaan sndiri bila compare dgn hajat and pmintaan org lain. And sedar ramaiiii ada doa yg sama mcm i tp mereka nmpk lebih kuat. Ada jgk bait bait ayat dorg yg puitis dan cantik je ayat utk berbicara dgn Allah. Halalkan ye i guna utk doa doa i kepada Allah jgk.

Dkt mekah ni, setiap kali lepas solat fardhu, akan ada solat jenazah. Boleh dikatakan setiap waktu solat ada org meninggal. Roommates ktorg sempat jgk pegi tgk jenazah2 tu dibawa utk disolatkan and tnjuk vdeo kt ktorg. So slalunya ktorg join je la buat solat jenazah ni, sbb klau kt msia jarang skali dpt buat kan.

Biasanya lepas zohor and lepas mghrib ktorg mkn kt hotel or kt luar. Lepas isyak ada yg ktorg stay kejap kt masjid or time tu la ktorg shopping. Hehehee.

Ktorg dpt hotel Al Safwa Royale Orchid. 50meter je dari masjid, Turun escalator tiga kali, jalan keluar pintu dh smpai perkarangan masjid. Kiranya dh start iqamat pn sempat join jemaah. Ngaa. Level2 bawah hotel tu pula foodcourt and tmpt shopping, mmg convenient sgt. Masa dpt card access bilik, i diberitahu yg bilik tu view cntik. So masa tggu bilik kemas, ktorg bkenal2 dgn roommate baru, and baru tahu ktorg akan sebilik dgn anak, menantu and cucu mutawiffah. Muda2 je dorg. Yg cucu pn baru 3 bulan. Bila bgtau mama, mama kata amik berkat la sebilik dgn baby. Haha. And sbb dorg anak menantu mutawiffah tu jgk la ktorg dpt bilik view cantik tu sbb dorg dh cop dlu. Masing2 neves masuk bilik, pastu slow2 g tingkap, then sume mengalir airmata kt situ tgk kaabah and masjidil haram. Tak terkata perasaan masa tu. Rasa bsyukur sbb dpt pegi buat umrah, rasa bsyukur sebilik dgn anak mutawiffah and dgn seorg baby, pastu bsyukur lg sbb dpt bilik view nampak kaabah. Pandang kaabah sahaja pn dpt pahala, and ktorg boleh pandang bila bila masa je…alhamdulillah.

Hotel ni selesa and dkt je nk jalan ke mana mana utk shopping and makan. I ada text2 uncle and aunty yg biasa dtg situ jgk utk tnya beli brg apa kt mana. Biasanya ktorg akan mkn kt hotel je, tp bila boring ktorg try jgk la fastfood sana, nasi arab, kebab, and almost everyday makan aiskrim kt sana sbb sedappppp. Cumanya makanan a bit pricyyyy. Selalu ktorg share2 je la.

Ziarah pula ada mutawiffah bawa ziarah dalaman masjidil haram, tp yg tu x sempat join sbb lambat dpt notis. Ziarah lain ke jabal nur, jabal thur, jabal rahmah, arafah, mina, muzdalifah, masjid jaaranah, and hudaibiyah, Seronok pegi bila mutawiffah berilmu and byk berkongsi cerita. Masa tu la baru faham dgn lebih mendalam lagi pasal kisah nabi ibrahim and kaitannya dgn umrah and haji. And dpt bayangkan dah pjalanan nabi saw naik turun bukit2 bila tgk keadaan bukit2 sana yg berbatu batu. Group ktorg ada jgk buat ziarah ke taif, tapi ktorg x join sbb kena tmbh rm250. Jadinya hari tu ktorg dkt masjid je.

Hari yg dorg ke taif tu jgk, pagi pagi tu lepas subuh and sarapan ktorg buat tawaf sunat. I ckp kt hairi yg hritu jgk i nk doa kt multazam and dlm hijir ismail, and nk tgk hajarul aswad. Bila tawaf tu, dh pusingan kelima cmtu korg try tawaf berhampiran sikit dgn kaabah, and bila pusingan keenam, tetiba dorg tutup area hijir ismail sbb nk bersihkan lantai. Selesai pusingan tujuh, i dgn hairi slowly pergi berdoa kt multazam, and pegang cium kiswah kaabah, pstu doa byk byk dipermudahkan masuk dlm hijir ismail. Lepas doa tu tgk tgk dh selesai dorg cuci, so i dgn hairi pn pegi la ke hijir ismail. Sesak sgt org keluar masuk, lepas bertungkus lumus alhamdulillah dpt ruang kecil utk bersujud. I sujud dlu while hairi jaga i. Meraung2 dlm sujud tu haa. Lain mcm feel dia bila doa kt situ. Lepastu turn hairi pula sujud and i jaga. Selesai keluar dari hijir, i nangis kt hairi and dia pn tenangkan i, then i ckp nk tgk hajarul aswad. Nk tgk dari jarak dkt sikit je, tk dpt cium pn xpe sbb terlalu rmai org and rmai laki kt situ. Tapi x de rezeki sbb rmai sgt org bertolak and siap ada nenek pengsan kt situ. So ktorg pn bgerak la keluar melintasi org org yg tawaf. Masa tawaf tu i mcm gopoh2 sbb dh penat sgt, then hairi tegur i ckp i xleh selfish laju2 smpai langgar org. Dia pesan lg xyah beria nk cium hajarul aswad tu smpai tolak tolak sakitkan org, sbb cium tu sunat je, tp klau sakitkan org tu dosa. Boleh je bg isyarat cium dari jauh. Heee. lepastu ktorg dpt solat sunat tawaf btul2 belakang maqam ibrahim, and i ambil masa sikit solat sunat and doa, and baca jgk doa doa kiriman kt situ. Selesai tu jumpa adik2, danial kata dia dpt cium hajarul aswad. Alhamdulillah rezeki dia sbb dipermudahkan. And semua adik i pn dpt masuk hijir ismail jgk hritu.

Malam akhir kt mekah paling sayu sedih, rasa nk malam tu panjang je lagi. Selesai tawaf ktorg bgmbar2. And esok tu tinggal buat tawaf wada’ je sebelum gerak ke madinah. Menangis meraung la masa tu. Rasa tak puas puas pandang kaabah, bau kaabah and doa dkt multazam and hijir ismail. Semoga Allah rezekikan lagi ktorg dan keluarga ke situ.

Okay, nanti next post psl Madinah pula ye.

Diari Umrah + Tips! – Part 1

Alhamdulillah, tahun 2020 ni i, husband and adik2 i dijemput menjadi tetamu Allah. Tahun lepas, ada fmily members yg ckp pegi la umrah while belum pregnant ni. So around end of december last year, tgh sembang sembang dgn mama psl kursus haji dia, i pun ckp la mcm nk buat umrah. Esknya i terus survey2 travel agent and rates. I xnk pegi bdua je ngn hairi, sebab tkut nnt sorg2 sebab pisah laki perempuan, and nnt i x pandai nk bermesra dgn jemaah lain. So, i pn tnya deena ada duit tak, jom g umrah. Dia pn terus onz je. Then nk ajak la danial jgk utk jd mahram deena, last2 dania pn ikut sekali. Ni first time ni ktorg g overseas berlima without mamadaddy.

Time still in planning phase tu, kebetulan pula one weekend tu mamadaddy visit kwn dorg yg sakit, and kwn dorg tu mutawif, and mutawif kepada travel agent yg i dh berkenan masa survey2 hritu which is Tiram Travel. Dia pn share mcm mcm la psl umrah ni, and by one to two days lepas tu ktorg terus confirm je. Rezeki sgt tarikh ktorg nk tu betul betul tinggal 5 slots, and terus je g amik vaccine utk buat visa, pstu buat full payment terus by 31 dec. Ngaa. Total pakej tiram ni Rm5490 + Rm350 (Visa) = Rm 5840. Pastu cmpur dgn vaccine, jd la dlm Rm6k jugak, which is affordable sgt sbb dh all in flight, hotel, makan, transport, etc.

Nampak mcm mudah je, ada duit, ada cuti, boleh g umrah. Tapi masa g kursus ada ustaz ckp and masa dh pegi tu pn mutawifah cerita, baru faham yg nk ke tanah suci ni sebenarnya Allah yang jemput. Sebab tu org kata kita ni tetamu Allah bila ke sana. Ada org yg dh lama bhasrat nk pegi pn xdpt pegi, ada org yg duduk dekat je kt sana pn x pegi, ada org dh otw ke sana pn tetiba kena cancel, and ada jgk org yg dh smpai sana, tp x dpt pn beribadat kt sana. Lepastu baru rasa sayu je kt hati ni, syukur tak terhingga ktorg semua Allah jemput bersama sama, dan jalannya sgt dipermudahkan.

Nk cerita hari by hari buat apa pegi mana mcm leceh je, so i buat by chapter la eh. Senang nk refer for tips tips jugak.

Persediaan

Sbb ktorg booking last min, tinggal ada dua bulan je utk pegi kursus umrah. So januari pegi skali, early februari pegi skali lg. Different places with different ustaz. So byk boleh study, mmg ada info2 lebih bila pegi dua kali. Selain tu i byk jgk google psl umrah, dgr youtube, search tips2, tnya kwn2 and sedara mara yg pena pegi, and bila ada whatsapp group dari tiram tu, i search2 jgk tmpt2 lawatan utk dpt overview. Tak la nnt blur je kan, and akan jd lg excited sbb bila baca2 tu dh terbayang bayang mcm mana la tempat tu.

Pakaian

Normal la kan perempuan pegi memana pn pikir psl pakaian. Dkt google pn byk je tips psl pakaian ni. Basically pkai anything yg menutup aurat la ofcourse, and maknanya bukan la jubah je, baju kurung n blouse labuh pn boleh. Mutawifah kata kt whatsapp group kne bwk 5 je jubah. Tapi i degil sikit, i bwk 8. Haha. Klau u mmg sejenis xleh nk ulang baju mcm i, bwk je la byk. Sbb mmg pakai. Boleh jgk nk basuh baju, tp bwk la sabun serbuk sndiri sbb dobi mahal. And sbb bilik kongsi 5 org, nk jemur baju xde tmpt, so i ada baca tips suruh bwk hangers and pencangkuk baju. I beli cangkuk baju yg jenis suction kt kedai eco rm2, dpt 3 biji. Berguna sgttt, lekat kt kaca toilet or tingkap, so x rosak la dinding hotel. And if mmg ada duit byk, beli la jubah kt sana, cantik and x semahal kt msia. I beli la jgk walaupun dh bwk byk baju. Hahaha. Seluar pn bwk la a few. Pakai jubah pn kne pakai seluar kt dalam, supaya klau terselak x nampak aurat, and supaya peha tak melecet bila bergesel masa tawaf and saie. Hihi. Masa kt sana, sehari lebih 10k-20k steps a day tauu.

Telekung mmg kena bawa and bawa la 2-3 helai. Ada je hari yg i pkai jubah and shawl je, tp bila sujud, mcm bahagian belakang shawl tu terikut sujud. Jadi klau pkai telekung secure sikit la sbb labuh dpn belakang, and walaupun sana kita pkai mazhab hanafi, tkpe tersentuh bukan mahram masa otw ke masjid or masa tawaf (dgn syarat sentuh tanpa syahwat) , tp sebolehnya xnk la langgar2 org kan. Pakai telekung boleh sorok tangan dlm tu. Hee. And klau sejenis xnk iron shawl, x suka pkai tudung sarung, pakai je la telekung. Tak pelik pn jalan jalan kt sana mcmtu. Hehe. Kenapa kena bwk telekung lebih? Sebabnya masa tawaf tu bertolak2 dgn org, bau bau manusia akan melekat. Pastu klau g foodcourt, bau mkanan pn melekat. Pegi shopping, rmai duk calit2 perfume smpai pening mcm mcm bau kt baju n telekung. Ngaa. Kne la tukar. And ada jgk org suruh pkai telekung hitam utk g raudhah kt madinah, tp sebenarnya takyah pn takpe. Tu nnt i cte kt post madinah.

Other Essentials

Disebabkan i beria study psl apa nk beli utk pkai kt sana, byk je snanye yg x perlu. Salah satu perkara i beli tp tak pakai ialah, stokin wudhuk. Stokin ni dia ada pembukaan kt dpn so senang nk wudhuk sbb x ya tanggal stokin tu. Tapi x berguna sbb adik i pnya kain dia jarang, and yg i beli pula pembukaan tu tak tutup rapat. Ngaa. So klau nk bwk solat takleh pn sbb nmpk kaki. Jadinya pakai or beli je la stokin hitam biasa yg tebal sikit, sbb nk xnk masa berwudhuk kne jgk duduk and buka. X susah pun buka and pakai stokin semula. Next, mini telekung berpoket. Siap dua helai beli, tp snanye x ya pn xpe. Bwk je la telekung yg dh sedia ada. Sbb klau beli mini tu xde kain, nnt nk pkai kt msia susah if u x pakai socks. Poket tu pn mcm x function sbb bila i letak fon, nnt bila rukuk sujud tu dia jd mcm beban n disturbing. U akan slalu bwk beg pn, so tak perlu poket tu. Beg pula sorok dlm telekung jgk, maka selamat. Another thing is stokin tawaf, haha ni pn degil beli. Skali je kot pkai, sbb xde la buat hilang sakit kaki pn. Dh pkai stokin tebal sikit tu cukup dah, and bila tawaf and saie, energy jd luar biasa, x penat mana pun kaki. Hee.

Benda basics mcm toiletries, lotions, lip balm tu kena ada. Extra kasut/selipar, sebab husband bwk selipar eco rm2 pn kena rembat kt masjidil haram. Socks bwk la utk pkai sepasang sehari, and handsocks boleh la bwk dlm 3-4 pasang. Socks tu klau korg pkai selipar yg tkyah masuk celah jari tu, bwk la socks biasa. Tp klau selipar kne masuk celah jari, beli socks yg asing ibu jari dgn jari jari kaki lain tu. Sebab jalan byk, susah klau x selesa. Anak tudung boleh bwk lebih, tp utk umrah i suggest pkai yg innerneck tp yg kain sejuk punya, sbb klau dlm ihram lama lama and pkai anak tudung biasa yg gerak2 tu, risau asyik nk betulkan rmbut and takut tercabut. Dah kena bayar dam pula nanti. If pkai innerneck, insyaAllah serabai2 rmbut dlm tu pn dia secure. And as mentioned td, bwk hangers and hooks. Bwk jgk botol spray wudhuk, ni sgt bguna dlm flight and dkt msjid bila u terkentut, toilet jauh or penuh. Heh. Google dlu cara bwudhuk guna spray ok. Ubat ubat pn bwk la segala jenis, sbb ubat kt sana mahal. Lagi satu yg penting, kantung kasut/selipar. Utk elak dicuri, and menyenangkan kita bila nk masuk pintu lain keluar pintu lain kt masjid tu, elok la bwk kantung tu. Cuma masa tawaf kne make sure selipar tu bersih xde najis klau x, taksah nnt tawafnya. And bguna jgk masa tawaf bila kne bertolak2 tu, utk perempuan boleh pegang kantung tu kt dada, sebagai penghadang. Ngehhh.

Panjang dah haa. Haha. Ok smbung post seterusnyaa.

6 Feb 2020.

Another one line, another negative result, another tears.

But I met the right person today. Thank you for all the kind words and reminders. I felt a lot better this time.

So now I can focus my umrah and boleh buat sehabis baik insyaAllah. Mudah mudahan kekal suci semasa di sana. Amin.

Kena set kt mind utk doa dan minta yg tbaik and pcaya ada rezeki atau tak lepastu adalah ketentuan Allah juga. Tak semestinya yg kita minta tu baik dan Allah makbulkan. Yg penting jgn putus usaha, jgn putus asa.